Sunday 31 March 2019

Bell's Palsy

Assalamualaikum,

Pernah tak korang bangun tidur lepas tu muka tak sama? Sebelah jatuh sebelah lagi normal. Bibir pun senget bila cakap dah telo sikit. Huhu. In case korang tertanya tanya Bell's Palsy tu ape, boleh lah aku share sikit sebab aku pun first time kena dua minggu yang lalu.


Pagi tu aku bangun tidur macam biasa. Tapi bila aku gosok gigi tengok cermin, senget sikit. Aku ingat benda ni macam normal la kan. Hari ini rasa nak senget, dia senget sikit. Lepas tu, masa lunch aku makan tembikai tetiba aku perasan air tembikai meleleh keluar. Masa tu aku dah rasa pelik sebab macam budak-budak pulak makan tumpah. Then, makan nasi pun tumpah. Masa makan nasi ni aku dah tak rasa normal macam hari-hari biasa. Lepas tu, aku perasan mata sebelah kanan aku macam berair terpaksa kesat dengan tisu. Rasa macam menangis tapi tak keluar air mata. Mata cuma berair sampai aku balik kerja. Malam tu aku cakap dengan kawan aku, dia kata maybe minor strok. Terkejut jugak masa tu muda lagi dah kena strok. 😌

Hari kedua, aku bangun pagi aku perasan bibir aku betul-betul senget. Gosok gigi tapi tak boleh berkumur dengan betul. Air keluar tersembur. Hari ini jugak aku decide nak pergi klinik sebab takut melarat. Dengar strok lagi takut. Huhu. Sampai klinik, aku orang pertama pesakit yang semangat nak check-up. Masuk sahaja bilik doktor, aku cakap lah bibir aku makin senget. Doktor cakap dia pun perasan aku punya percakapan macam pelat. Aku buat ujian kolestrol, doktor kata normal. Masa tu, tangan aku dah start kejap-kejap rasa kebas. Doktor sarankan aku buat CT-Scan. Dapat saja surat refer doktor, dia suruh aku pergi hospital terus utk buat CT-Scan.

Hari kedua ni kepala aku memang sakit gila-gila. Macam migrain. Mungkin sebab cuaca yang panas. Aku drive dari Shah Alam ke Bangi sebab nak ajak kakak aku teman. Dapat lah satu hari MC. Masa ni aku ada dua pilihan je PPUM / HUKM sebab aku guna cover company aku. Kami pergi HUKM tapi sayang sebab tak dapat buat terus. Nurse tu just ambil surat doktor tapi tak cek pun aku yang sakit ni. Nurse tu cakap kena buat appointment. Tunggu tarikh appointment dalam masa sebulan. Sampai sekarang aku tak dapat call lagi. 😒 Aku boleh faham kalau appointment lambat tapi kalau datang jauh-jauh tapi tak cek pun keadaaan pesakit ni, kau ghase. Masa itu aku nak marah jugak lah. Dah lah panas, tapi layan pesakit macam itu je. Aku balik tanpa ubat tau.

Beza Bell's Palsy dan stroke. 😢


Sakit kepala aku tak hilang. Malam itu, aku pergi berubat cara lain. Akupuntur. First time buat akupuntur. Masa tu tak kisah dah sakit ke tak. Nak hilangkan sakit kepala sahaja. 30 minit kena cucuk dengan jarum. Malam itu okay sikit. Tapi wajah aku tetap senget sebelah. Senyum dah tak sama.

Hari ketiga, aku pergi kerja macam biasa. Waktu tu, semua officemate aku dah tahu aku ni dah macam orang kena strok. Nak cakap pelat, makan bubur dan sup untuk sehari. Tetap tak kenyang sebab perut dah biasa makan nasi. Sedih, sekejap sangat Allah nak tarik. Terus hilang rasa nikmat yang kita tak pernah bersyukur.

Hari keempat, aku bangun tengok muka aku sebelah kanan dah jatuh. Kening tak sama. Hujung bibir senget. Aku ambil keputusan nak pergi hospital, emergency. Tapi, bila sampai emergency staff sana pun tolak suruh pergi KK. Aku dengan wajah berkerut, jalan kaki pergi KK tengah panas. Ya Allah, benar Allah nak uji. Mungkin emergency utk orang yang betul betul kritikal / tenat sebab kalau muka senget memang tak nak layan. Kecewa. 😖

Masa aku pergi KK, aku tak fikir apa dah yang aku tahu wajah aku tak sama dan aku nak jumpa doktor. Aku puji staf KK sebab semua peramah. Aku jumpa doktor. Doktor perempuan, masa ni baru dia cakap aku kena Bell Palsy. Dia terkejut jugak sebab masa aku pergi HUKM aku tak dapat ubat. Sepatutnya aku dapat ubat utk elak benda ini melarat. Bell Palsy ini satu keadaan di mana sebelah wajah lumpuh. Lepas makan ubat, muka aku dah okay. Sekarang pun dah okay, cuma mata saja masih belum boleh tertutup sepenuhnya. Appointment fisio aku bulan 5. Lambat lagi, utk rawatan kena urut muka sendiri bagi saraf tu tak keras.
Antara yang boleh dipraktikkan dekat rumah.

Jadi, korang pun kena jaga diri lah panas-panas ni. Stress pun salah satu faktor. Pemakanan kena jaga, kurangkan benda berminyak manis ais. Rasa macam doktor pulak. Doakan aku sembuh ya. Huhu. 👋


No comments:

Post a Comment