Thursday 13 February 2014

Wordless Thursday


وإنّ في البلايا التي تمسّ الإنسان لحكمة كامنة لا يدرك كنهها أحد سوى الله

Dan sesungguhnya pada setiap bala/ujian yg menimpa hidup manusia hikmah tersirat disebalik, tiada seorang pun yang mengerti hakikat sebenarnya melainkan Allah.

Sunday 9 February 2014

Spaghetti Bolognaise


Assalamualaikum.
Resepi spaghetti bolognaise ni kita belajar masa semester dua. Waktu tu kita belajar macam-macam pasal pasta dan makaroni. Senang je nak masak spaghetti ni sebenarnya. Tak pandai takpe, yang penting rajin memasak. Hiks. :>

Bahan-bahan; 

2 sudu kecil minyak olive.
Ayam yang dikisar. ( Ikut suka nak letak banyak mana.)
Bawang besar. ( Dicincang.) 
Daun sadari. ( Dicincang jugak.)
Carrot. ( Cincang.)
Crushed garlic.
Tomato yang dicincang.
Tomato paste.
Daun bay.
Garam dan pepper.
Spaghetti.
Cendawan.

Cara-cara:

Mula-mula untuk bahagian spaghetti, hampa kena rebus dalam air mendidih dulu tau. Jangan biarkan terlalu lama. Agak-agak dah masak, angkat dan toskan. Kemudian, masukkan spaghetti dalam air yang dicampur ais. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan hilang rasa rangup spaghetti. Erk?Atau dalam istilah bahasa France, spaghetti ini nak kena "al-dante." Then, angkat dan toskan serta gaulkan bersama sedikit minyak olive. 

Cara-cara buat kuah;

Mula-mula sekali, kena tumis dahulu bawang putih dan bawang besar. Lepas tu, masukkan daun sadari, daun bay, carrot dan ayam yang dikisar.
Masukkan tomato paste dan tomato yang telah dicincang. Kacau dengan api sederhana sehingga mendidih. 
Campakkan sedikit garam dan pepper. Last sekali, masukkan cendawan dan biarkan seketika kemudian tutup api.
Dah siap, bolehlah hidangkan bersama spaghetti tadi. Hiks.

Senang dan mudahkan, cubalah. :)

Friday 7 February 2014

Lamb Rack With Rosemary Sauce

Bonjour. Hi, sebenarnya dah lama nak post pasal resepi yang kita belajar dekat kolej kita ini. Walaupun semuanya masakan barat, tapi seronok belajar benda-benda ini. Jadi, untuk resepi pertama dekat blog ini, kita nak ajar masak tulang kambing dengan sos rosemary atau mint. Hihi.

Bahan-bahan; ( Untuk satu pinggan.)

Lamb rack or tulang kambing. (Make sure kita nak tulang kambing tu ade tau. Sebab name pun resepi lamb rack.)
Olive oil.
L&P sauce.( Kalau tak tahu sila google.)
Garam.
And lastly sedikit paprika.

Eh, kejap ni bahan-bahan untuk tulang kambingnya sahaja tau. Dah ada semua ini? Okey, sekarang campakkan je semua dan marinade tulang kambing tu. Then, goreng atas kuali dengan minyak yang sedikit dan agak-agak dia separuh masak, bolehlah angkat. 

Untuk sos pulak, bahan-bahannya ialah;

Brown stock.
Rosemary or mint. (Fresh / Dried)
Garlic. (Ni bawang putih nak kena chopped ye.)

Okey, dah ada bahan ini bolehlah mula buat sos. Mula-mula brown stock tu kena bancuh dengan air dulu. Kalau boleh jangan terlalu banyak sebab dia masin gile. T_T 

Tumis bawang putih macam biasa. Lepas tu, tuangkan jela brown stock then campakkan je rosemary atau daun mint. Kacau sehingga mendidih dan bolehlah hidangkan panas-panas.

Tadaa, dah siap. Tuu lamb rack kita hidang dengan jacket potato dibelakang. Sos mint tak berapa sedap. Kita tak suka jadi kita tak letak gambar dia. Hehe. Nanti kita update untuk next recipe ye. Hiks.