Sunday 26 July 2015

Mak Wan Mee Sup Melayu Champa

Assalamualaikum,

Syawal ke-6 hari itu, saya dan Nadia pergi ke kedai Fujifilm untuk baiki kamera instax saya. On the way nak balik tu, saya drive depan kedai Mak Wan. Haa, kalau nak tahu kedai Sup Mak Wan ini sangatlah popular dekat Dungun, Terengganu. Dulu, kedai Mak Wan ini terletak di Alor Tempoyak. Tetapi, baru-baru ini kedainya dah berpindah di restoran kapal yang terletak di Jalan Pantai Teluk Lipat. Kedai Mee Sup Mak Wan ini sangat popular kerana keenakkan Mee Champanya. Memang betul-betul sedap tau. 

Kedai Mak Wan ini dibuka seawal 7.30 pagi dan akan tutup sehingga habis sup dijual. Jadi, kalau datang lambat memang tak merasalah nak makan Mee Champa. Kebetulan hari itu, dah nak dekat pukul 1, kami ingatkan dah habis tapi rezeki kami Mee Champa Mak Wan masih ada. Hihi. Mee Champa ini sebenarnya masakan dari kemboja, berbeza dari sup lain, Mee Champa Mak Wan ini memang sedap dan menjadi kegemaran semua orang termasuklah orang yang tinggal luar dari Dungun. 

 
Sebelum Mee Champa sampai, kita bergambar dulu. Hihik.

Harga untuk Mee Champa Mak Wan ini,

Semangkuk penuh: RM 6.00
Separuh: RM 5.00
dan untuk special, ada kateh: + RM 2.00 je tau.

Kerana kami excited nak makan, kami lupa nak snap gambar Mee Champa. Sorry tau. Tapi jangan risau, kalau nak tengok macam mana rupa Mee Champa Mak Wan, boleh search facebook Mak Wan, Mak Wan Mee Sup Melayu Champa atau pun boleh search instagram mereka di mwmsmc. Kalau singgah kedai Mak Wan, jangan lupa ye tag gambar anda. Okay, saya dan Nadia bagi 5 Bintang untuk kedai Mak Wan. Kedai ini dah jadi kegemaran kami tau. Esok nak pergi lagi lah. Bai :>

3 comments: