Friday 22 September 2017

24 hari dan hari hari seterusnya

Assalamualaikum,

Hari ini genap 24 hari beliau pergi meninggalkan kami. Hari ini baru saya berkelapangan menziarahi pusaranya. Terasa baru semalam menziarahi beliau di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.

Kanser.

Mendengar sahaja sudah membuatkan hati ini gerun. Takut dan pada masa yang sama minta dijauhkan sama sekali.

Beliau, ibu saudaraku 'Roswati Abdullah' disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru tahap 4 selepas bersalin anak keempat. Pada kami, dunia kami gelap seketika. Dalam beberapa bulan tahap kesihatannya jatuh merundum. Kuantiti cecair yang banyak dalam paru-parunya menyebabkan dia sukar bernafas dan tidak boleh melakukan kimoterapi sehinggalah tahap pernafasannya stabil.

Seingatku, beliau sempat melakukan beberapa kali kimoterapi di Hospital Kubang Kerian sehinggalah pada suatu hari bacaan darahnya didapati tidak stabil. Perpindahan darah harus dilakukan dengan segera agar kimo seterusnya dapat dilakukan. Selesai perpindahan darah, doktor mengarahkan beliau untuk pulang ke rumah dahulu dan berehat. Hampir sebulan, beliau berulang alik dari  Hospital Sultanah Nur Zahirah ke rumah dan dari rumahnya ke Hospital Kemaman dan dalam pada masa yang sama, beliau masih mampu tersenyum di hadapan suami dan anak-anak. Hebat sungguh beliau, 💪

Beberapa minggu selepas itu, beliau terpaksa mendapatkan rawatan kerana tangan beliau mula membengkak dan membesar. Kata doktor, tangan beliau telah dijangkiti kuman. Mungkin kerana terlalu banyak kesan suntikan jarum. Beliau terpaksa admit di wad dan diletakkan bawah pengawasan doktor. Berharap kesan membengkak pada tangan akan kecil namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Beliau mula mengalami sesak nafas dan mula merasa semput. Sehinggalah pada hari 30 Ogos 2017, saya menerima pesanan suara pada aplikasi whatsapp; menyatakan yang beliau telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Tiada kata-kata mampu diucapkan pada saat itu. Hanya rasa hiba mengiringi pemergiannya beliau. Saya tiba keesokkan harinya di saat rumah nenek diselubungi rasa sayu dan air mata. Saya dan kakak saya tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir memandangkan jenazah tidak elok disimpan lama dan harus dikebumikan dengan segera. Setelah hampir 6 bulan bertarung dengan kanser, beliau pergi jua. Kami sebagai anak-anak saudaranya amat terasa dengan pemergian beliau memandangkan beliau seorang yang amat baik hati, lemah lembut dan sentiasa mendengar keluhan kami.


Hari ini hari ke-24 beliau telah meninggalkan kami. Masih terbayang-bayang susuk badannya berada di sofa sambil menonton tv, di dapur dan di setiap penjuru rumah nenek dan hari ini saya menziarahi pusara nya yang masih merah. Hari-hari seterusnya pusara ini akan tetap dikunjungi oleh suamimu, anak-anak dan sanak saudaramu, Insha Allah.

Doaku, semoga beliau ditempatkan di sisi syurga Allah yang paling tertinggi. Al-Fatihah.

Friday 10 February 2017

Mencari Pengalaman

Assalamualaikum, ^^

Bismillahirahmanirahim, entri pertama untuk tahun 2017. Alhamdullillah, saya dah dapat kerja. Syukur sangat sebab tak lama sangat menanam anggur di rumah. Kalau tak mesti hujung-hujung bulan ni dah boleh petik. Hihik.

Kerja saya biasa-biasa sahaja. Masuk pukul 8 pagi balik 8.30 malam. Kadang-kadang pukul 8, kadang 7.30. 12 jam kerja dik oii, penatnya hanya Allah yang tahu. Dah dekat tiga minggu dah saya melalui rutin yang sama. Bangun awal, balik lambat. Dah balik, mandi dan terus tidor. Everyday, but I'm blessed.

"Kita kerja kena ikhlas. Jadikan kerja satu ibadah, baru hilang rasa penat tuu.." - Kak Nida

Betul, bila kita ikhlas semua benda jadi mudah. Tapi kadang-kadang saya mengeluh jugak sebab penat. Huhu. So far, dekat tempat kerja baru ini, everything is okay tapi saya masih rindukan tempat kerja yang dulu. Rindunya dekat Ainaa, Kak Ma, Kak Amy, Azizi dan bos besar, Encik Azizi.

Kerja saya sekarang berhadapan dengan customer. Ada customer yang okay dan ada yang tak okay. Ada yang ramah dan yang masam mencuka, Tapi, kita senyum sahajalah. Biasa sangat kena marah dengan customer pun. Sabar sahaja mampu.


Bila dah duduk negeri orang ni, memang rasa lain sangat dengan negeri sendiri. Di sini memang rasa hidup ala-ala perantau. Buat apa-apa memang kena independent je. First week dekat sini, saya memang tak bawa kenderaan sendiri. Mula-mula, jiran depan pintu rumah tolong hantarkan. Thanks Kak Nida. Selepas tu, saya rasa tak nak susahkan dia, housemates saya Kak Intan hantarkan sehari. Then, saya tumpang Farah. Farah ni satu tempat kerja dengan saya. Pagi-pagi saya turun awal sebab kena tunggu dekat bus stop. Dalam 7.30 pagi, Farah akan sampai dan pick up saya. Kami menunggang motosikal dalam kesesakan trafik pagi-pagi. Mencabar betul. Apabila Farah dah start cuti, saya terpaksa guna grab car which is memang mencabar jugak sebab pagi-pagi susah jugak nak dapat grab car ni. Dah naik grab car ni, saya terpaksa tanam rasa berani dan percaya dekat driver walaupun dalam hati takut jugak kalau apa-apa jadi. Tapi, alhamdullillah kebanyakan driver semua peramah dan baik. Siap boleh bergelak ketawa dalam kereta. Thank you semua. 💖

Sekarang saya dah bawa kenderaan sendiri tapi still kena turun awal pagi-pagi sebab nak elak jem. Masih rasa takut nak drive sensorang malam-malam lepas balik kerja. Tawakal sahaja dalam hati.

Kunfayakun. 

Allah planner is the best. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Doakan hari-hari saya akan datang baik-baik sahaja. Kata yang baik-baik kerana kata-kata itu adalah doa. Masih seorang yang baru dalam pekerjaan dan masih perlukan semangat dan sokongan dari awak semua.

Thanks for reading.😘