Friday 7 February 2014

Lamb Rack With Rosemary Sauce

Bonjour. Hi, sebenarnya dah lama nak post pasal resepi yang kita belajar dekat kolej kita ini. Walaupun semuanya masakan barat, tapi seronok belajar benda-benda ini. Jadi, untuk resepi pertama dekat blog ini, kita nak ajar masak tulang kambing dengan sos rosemary atau mint. Hihi.

Bahan-bahan; ( Untuk satu pinggan.)

Lamb rack or tulang kambing. (Make sure kita nak tulang kambing tu ade tau. Sebab name pun resepi lamb rack.)
Olive oil.
L&P sauce.( Kalau tak tahu sila google.)
Garam.
And lastly sedikit paprika.

Eh, kejap ni bahan-bahan untuk tulang kambingnya sahaja tau. Dah ada semua ini? Okey, sekarang campakkan je semua dan marinade tulang kambing tu. Then, goreng atas kuali dengan minyak yang sedikit dan agak-agak dia separuh masak, bolehlah angkat. 

Untuk sos pulak, bahan-bahannya ialah;

Brown stock.
Rosemary or mint. (Fresh / Dried)
Garlic. (Ni bawang putih nak kena chopped ye.)

Okey, dah ada bahan ini bolehlah mula buat sos. Mula-mula brown stock tu kena bancuh dengan air dulu. Kalau boleh jangan terlalu banyak sebab dia masin gile. T_T 

Tumis bawang putih macam biasa. Lepas tu, tuangkan jela brown stock then campakkan je rosemary atau daun mint. Kacau sehingga mendidih dan bolehlah hidangkan panas-panas.

Tadaa, dah siap. Tuu lamb rack kita hidang dengan jacket potato dibelakang. Sos mint tak berapa sedap. Kita tak suka jadi kita tak letak gambar dia. Hehe. Nanti kita update untuk next recipe ye. Hiks.

5 comments: