Friday 16 August 2019

Thank You, Allah

Assalamualaikum,

Alhamdullillah, dapat juga update belog di sini. Akhirnya, setelah tiga tahun merantau di negeri orang akhirnya pulang ke negeri sendiri. Syukur, saya telah dapat bertukar ke Terengganu walaupun bukan di kampung sendiri tetapi tetap rasa syukur kerana akhirnya dapat melihat kedua ibu bapa saya setiap hujung minggu. Apabila semakin dewasa tiada apa yang membahagiakan selain berada dekat dengan ibu bapa, melihat, menjaga dan mengisi masa bersama.


Perjalanan pertukaran untuk kembali ke negeri sendiri ini bukan mudah. Perlu berendam air mata dahulu sebelum kembali. Hihik. Asbab daripada kesakitan yang saya alami tiga bulan lalu akhirnya memudahkan pertukaran ini. Syukur, perancangan Allah adalah yang terbaik. Allah memudahkan setiap urusan kami dan akhirnya inilah jalan yang diberikan oleh-Nya.

Terima kasih Tuhan untuk peluang kegembiraan ini.


Sunday 31 March 2019

Bell's Palsy

Assalamualaikum,

Pernah tak korang bangun tidur lepas tu muka tak sama? Sebelah jatuh sebelah lagi normal. Bibir pun senget bila cakap dah telo sikit. Huhu. In case korang tertanya tanya Bell's Palsy tu ape, boleh lah aku share sikit sebab aku pun first time kena dua minggu yang lalu.


Pagi tu aku bangun tidur macam biasa. Tapi bila aku gosok gigi tengok cermin, senget sikit. Aku ingat benda ni macam normal la kan. Hari ini rasa nak senget, dia senget sikit. Lepas tu, masa lunch aku makan tembikai tetiba aku perasan air tembikai meleleh keluar. Masa tu aku dah rasa pelik sebab macam budak-budak pulak makan tumpah. Then, makan nasi pun tumpah. Masa makan nasi ni aku dah tak rasa normal macam hari-hari biasa. Lepas tu, aku perasan mata sebelah kanan aku macam berair terpaksa kesat dengan tisu. Rasa macam menangis tapi tak keluar air mata. Mata cuma berair sampai aku balik kerja. Malam tu aku cakap dengan kawan aku, dia kata maybe minor strok. Terkejut jugak masa tu muda lagi dah kena strok. 😌

Hari kedua, aku bangun pagi aku perasan bibir aku betul-betul senget. Gosok gigi tapi tak boleh berkumur dengan betul. Air keluar tersembur. Hari ini jugak aku decide nak pergi klinik sebab takut melarat. Dengar strok lagi takut. Huhu. Sampai klinik, aku orang pertama pesakit yang semangat nak check-up. Masuk sahaja bilik doktor, aku cakap lah bibir aku makin senget. Doktor cakap dia pun perasan aku punya percakapan macam pelat. Aku buat ujian kolestrol, doktor kata normal. Masa tu, tangan aku dah start kejap-kejap rasa kebas. Doktor sarankan aku buat CT-Scan. Dapat saja surat refer doktor, dia suruh aku pergi hospital terus utk buat CT-Scan.

Hari kedua ni kepala aku memang sakit gila-gila. Macam migrain. Mungkin sebab cuaca yang panas. Aku drive dari Shah Alam ke Bangi sebab nak ajak kakak aku teman. Dapat lah satu hari MC. Masa ni aku ada dua pilihan je PPUM / HUKM sebab aku guna cover company aku. Kami pergi HUKM tapi sayang sebab tak dapat buat terus. Nurse tu just ambil surat doktor tapi tak cek pun aku yang sakit ni. Nurse tu cakap kena buat appointment. Tunggu tarikh appointment dalam masa sebulan. Sampai sekarang aku tak dapat call lagi. 😒 Aku boleh faham kalau appointment lambat tapi kalau datang jauh-jauh tapi tak cek pun keadaaan pesakit ni, kau ghase. Masa itu aku nak marah jugak lah. Dah lah panas, tapi layan pesakit macam itu je. Aku balik tanpa ubat tau.

Beza Bell's Palsy dan stroke. 😢


Sakit kepala aku tak hilang. Malam itu, aku pergi berubat cara lain. Akupuntur. First time buat akupuntur. Masa tu tak kisah dah sakit ke tak. Nak hilangkan sakit kepala sahaja. 30 minit kena cucuk dengan jarum. Malam itu okay sikit. Tapi wajah aku tetap senget sebelah. Senyum dah tak sama.

Hari ketiga, aku pergi kerja macam biasa. Waktu tu, semua officemate aku dah tahu aku ni dah macam orang kena strok. Nak cakap pelat, makan bubur dan sup untuk sehari. Tetap tak kenyang sebab perut dah biasa makan nasi. Sedih, sekejap sangat Allah nak tarik. Terus hilang rasa nikmat yang kita tak pernah bersyukur.

Hari keempat, aku bangun tengok muka aku sebelah kanan dah jatuh. Kening tak sama. Hujung bibir senget. Aku ambil keputusan nak pergi hospital, emergency. Tapi, bila sampai emergency staff sana pun tolak suruh pergi KK. Aku dengan wajah berkerut, jalan kaki pergi KK tengah panas. Ya Allah, benar Allah nak uji. Mungkin emergency utk orang yang betul betul kritikal / tenat sebab kalau muka senget memang tak nak layan. Kecewa. 😖

Masa aku pergi KK, aku tak fikir apa dah yang aku tahu wajah aku tak sama dan aku nak jumpa doktor. Aku puji staf KK sebab semua peramah. Aku jumpa doktor. Doktor perempuan, masa ni baru dia cakap aku kena Bell Palsy. Dia terkejut jugak sebab masa aku pergi HUKM aku tak dapat ubat. Sepatutnya aku dapat ubat utk elak benda ini melarat. Bell Palsy ini satu keadaan di mana sebelah wajah lumpuh. Lepas makan ubat, muka aku dah okay. Sekarang pun dah okay, cuma mata saja masih belum boleh tertutup sepenuhnya. Appointment fisio aku bulan 5. Lambat lagi, utk rawatan kena urut muka sendiri bagi saraf tu tak keras.
Antara yang boleh dipraktikkan dekat rumah.

Jadi, korang pun kena jaga diri lah panas-panas ni. Stress pun salah satu faktor. Pemakanan kena jaga, kurangkan benda berminyak manis ais. Rasa macam doktor pulak. Doakan aku sembuh ya. Huhu. 👋


Saturday 16 February 2019

Trying To Conceive

Assalamualaikum 💛

Almost 1 year kami kahwin. Setahun juga lah orang dok tanya pasal anak. Kawan kawan yang dah kahwin lambat dari aku pun dah berbadan dua. Cuma aku belum lagi ada rezeki nak pregnant. 😌

Jenuh jugak nak jawab soalan mak cik, pak cik, kawan-kawan tapi kadang kadang kami senyum sahaja. Pergi mengurut pun mak cik dok tanya. Kawan baik pun tanya ada masalah ke. Haih, takkan lah kami nak cakap kami ada masalah. Hihi.


Rezeki kami cuma belum sampai. Ada masa sedih jugak, duk teringat ingat kawan sendiri anak dah besar, ada yang dah ada anak dua, tengah pregnant tapi jangan dok layan sangat aih bisikan syaiton tu. Ingatlah janji Allah, bila tiba masa sampailah rezeki anak tu. Orang ingat kami planning. Tadok aih nak planning ini. Last year, aku pernah beli ovulation test sebundle jugak. Lepas datang bulan, test-test sampai rasa kecewa juga sikit-sikit. Period lambat terus ingat pregnant. Padahal lepas seminggu, period. Tanda period dengan tanda pregnant pun rasa tak sama.

Ovulation test pun dah habis. Ada 2 3 strip sahaja masih belum guna. Sampai aku dah tak rasa nak test diri sendiri. Huhu. Last-last aku layankan sahaja kata-kata mak cik bawang. Ada orang cakap sebab aku ni gemuk. Susah nak pregnant. Pedih aih sampai ke hulu hati. 😅

Sebab dah terbiasa, aku diamkan sahaja. Suami aku pun diam sahaja. Diamkan lebih baik dari berkata-berkata. Huhu. Tahun kedua ini harap-haraplah ada rezeki pregnant. Aku kembali ke rutin biasa. Nak TTC balik macam dulu. Kena follow-up period, exercise, jaga makan. So korang ada suggestion atau tips tak untuk hamil? Kalau ada tolong drop kat ruangan komen ya.

Doakan kami tau diberikan rezeki anak. 🙏

Insha Allah.



Wednesday 23 January 2019

My Wedding Journey (Part 2)

Assalamualaikum,

After one year, I'm back. Masha-Allah sis kenapa tak muncul 10 tahun akan datang je. Sorry guys. Maaflah sebab ambik masa lama gila nak update belog. Sis benar-benar busy dengan kerja dan letih bercampur sedikit kemalasan yang melanda. Ampun ya. 🙍

Tahun lepas saya dah cerita sedikit lah mengenai pernikahan saya dengan suami tercinta. Tercinta ke? Euwww, sila muntah hijau. 😆 Selesai sahaja majlis pernikahan, kami duduk rilek-rilek dulu sebab majlis bersandingnya besok. Malam tu, saya dan famili cuma kemaskan apa yang patut.  Selesai sahaja majlis nikah barulah rasa lega sikit. Kalau tak hati ni asyik berdebor sahaja kahwin kan satu tanggungjawab. Nak pikul amanah dan tanggungjawab ni besar peranannya. Kena banyakkan belajar lagi ni untuk jadi isteri solehah. Ameen, mudah-mudahan.

Warna maroon menjadi warna pilihan untuk majlis pihak perempuan. Suami turutkan aje sebab kata dia tak kisah warna apa asalkan dia berbaju. 💁

"Minta ampun ya bang, hihi." Tetiba rasa macam salam raya.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah. Ameen Ya Rabbal al-Amin."

Pandang masa depan.
      

My prince charming 💛
King kong kuasa dua 💃

💖

Sebenarnya semua gambar ni saya patut post setahun yang lalu. Tapi baru hari ini berkesempatan nak update. Itu pun selepas setahun dan lepas our first anniversary dah. 🙏 Masih berdua belum lagi bertiga. Hopefully, tahun ini muncul lah seorang khalifah Allah. Amin. Doa-doakan ye.

Till next time, xoxo.