Wednesday 28 January 2015

Banana Berry

Semalam godek-godek di dapur, tetiba pulak ternampaklah pisang yang enak. Disebabkan sekarang ini keinginan untuk kurus itu menbuak-buak, maka teringat pulak post dalam instagram yang berkaitan pisang. Banana berry bermain-main dalam kepalaku. Maka, demi ingin slim dan gojes macam mak jemah, aku berjaya menghasilkan Banana Berry yang super delicious ini. Lulz.

 
Gigih ke pokok bunga di halaman rumah untuk mengambil gambar. Acah photographer. Weks.

Cara nak buatnya sangatlah mudah. Hangpa ambik je beberapa biji pisang dan kisar. Jangan terlalu hancur okay. Nak manis tambahlah susu, tapi disebabkan i'm on diet, I tak tambah susu atau gula u'olls. Hihik. Eat cleanlah katakan. Kalau resipi asalnya, hangpa boleh tambah raspberry tapi waktu itu rumah I takde raspberry, so ini je yang mampu. Tibai jelah. -_-

Sambal Udang

Hari itu, acah-acah familibonding dirumah. Memandangkan sekarang ini holiday semester break, so kenalah isi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jadi, hari ini tetiba rasa rajin nak share pasal resipi sambal udang. Eh, sambal udang nak masak senang je sebenarnya. Very easy, pejam mata pun boleh campak-campak je kan.


Bahan-bahan;

Udang ( nak guna udang apa pun boleh, up to you )
Cili kisar
Bawang merah dan bawang putih ( anggaran mesti mengikut berapa ketul udang yang anda ada )
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Garam dan gula secubit rasa
Tomato
Air

Cara-cara:

Mula-mula kenalah bersihkan udang dahulu. Basuhkan udang sehingga bersih, karang ada pulak yang sakit perut.
Kemudian, panaskan sedikit minyak. Apabila minyak dah panas, masukkan dua sudu cili kisar. Kalau rasa nak pedas dan kalau rasa cili itu memang tak pedas, bolehlah tambah lagi ya. Lulz.
Tumiskan cili itu sampai pecah minyak, kemudian barulah masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk atau dikisar tadi.
Bila dah naik bau, masukkan sedikit sos cili,sos tomato, sos tiram dan garam dan gula secubit rasa. Kalau rasa nak kuah banyak, bolehlah tambahkan air. Tapi,jangan terlalu banyak. Nanti karang jadi gulai udang pulak. Hihik.
Lastly, campakkan tomato yang siap dipotong. Tomato ni sekejap je masak, jangan terlalu lembik. Nanti tak sedap.

Akhirnya, bolehlah dihidangkan mengikut citarasa sendiri. Kalau hangpa kreatif taburlah daun sup ke, daun bawang ke, nak tambah petai pun okay. Yeaaa, easy kan masak udang ni. Campak-campak je dah siap.

tips memasak; jangan masak udang terlalu lama, anggaran dan crunchy bolehlah tutup api. lulz,