Tuesday 7 July 2015

Daging Rusa Goreng Berlada + Black Pepper

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Maaf sebab lama menghilang. Alhamdullillah, semester enam dah berakhir. Tett. T_T
Ohh sebelum saya terlupa, selamat berpuasa ya semua. Lagi dua minggu rayalah kita kan. Tak lama dah, Sabar. Hihi.

Untuk juadah berbuka semalam, saya telah mencuba resepi baru. Haa, resepi daging rusa goreng berlada ini adalah nama yang saya reka sendiri tau. Kenapa black pepper? Oleh kerana saya inginkan kelainan untuk rasa daging rusa ini, maka saya telah memilih untuk menambah rasa lada hitam pada perapan tersebut supaya pedasnya rasa kaw-kaw b
berbeza dengan cili.

Sebenarnya ini first time saya masak daging rusa. Oleh kerana saya tak tahu nak masak daging rusa ini macam mana, saya telah google resepi dan saya olah sedikit dengan resepi saya sendiri.


Bahan-bahan:

Untuk dikisar,

Serai (2- 3 batang)
Bawang merah (2-3 biji)
Bawang Holland (1 biji)
Kunyit
Cili kering (5-6 tangkai)

Untuk digoreng,

Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Santan (semangkuk)
Sos black pepper
Gula
Garam
Minyak

Untuk perapan daging,

Kicap
Lada hitam (ditumbuk)
Bawang putih (5 biji - ditumbuk)
Halia (3-4 inci)

Cara-cara:

Perap daging dengan bahan perapan selama 20 minit. Kemudian, panaskan kuali dengan tiga sudu minyak. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih sehingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama daging. Tutup kuali dan tunggu sehingga daging betul-betul lembut.

Kemudian, masukkan dua atau tiga sudu sos black pepper bersama gula dan garam. Masukkan santan dan goreng sehingga daging kelihatan sedikit kering.

Apabila dah betul-betul lembut itu barulah boleh dihidangkan untuk berbuka puasa. Rasa macam rendang pun ada, Eh? Selamat berbuka u'olls.

2 comments:

  1. Ermmmm tak pernah lagi merasa daging rusa dik..kakau ada rezeki nak juga mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, nanti akak boleh merasa. Nak pos pun jauh, hihik.

      Delete