Friday 20 February 2015

Berbekam

Masuk hari ini dah empat hari aku deman, selsema dan batuk. Sebelum ini, jarang aku deman. Memang jarang sangatlah sakit-sakit. Ini, Tuhan jentik sikit je dah rasa macam nyawa-nyawa ikan. Eh? Takpe, sakit penghapus dosa. Petang semalam, aku pergi berbekam dekat dengan kawasan rumah aku. Sebenarnya, dah lama aku nak cuba berbekam. Berbekam ini banyak kelebihan tau. Tambahan lagi, berbekam ini sunnah Rasullullah S.A.W. Bila sampai je, aku takut-takut jugak nak masuk. Orang kata sakit jugak, yeke?
Hewhew.


Sebenarnya, tak sakit pun. Aku berbekam di belakang je. Kata perawat tu, mula-mula nak berbekam memang kena buat belakang badan dulu. Itu kira basic lah. Sebelum nak buat di kepala ke atau muka, memang kena buat belakang dulu. Hah, masa inilah baru kau tahu antibodi kau lemah ke tak. Macam aku, bila tengok belakang je aku rasa gerun. Lebam dan merah-merah macam kena buli gitu. Lulz. Keadaan merah-merah ini akan hilang paling lama pun tiga hari hingga seminggu.

Aku intai-intai jugak darah aku. Banyak ke darah kotor? Sebenarnya, pertama kali kau buat berbekam ini darah memang takkan keluar banyak sebab pertama kali ini, kira nak menstabilkan aliran darah kita dahulu. Selepas itu, barulah kena buat kali kedua dan seterusnya untuk merawat sakit dan membuang darah toksin dalam badan kau tu. Hihik.

Berbekam kena buat tiga kali. Kali kedua itu, perawat tu dah mula cucuk aku guna jarum. Mulanya, aku ingat sakit tapi sebenarnya memang tak sakit langsung. Masa ambik darah dengan nurse lagi sakit tau. Aku pun memang tak puas hati jugak sebab darah aku keluar sikit je. T_T

Nah, ini aku kongsikan sikit kelebihan berbekam. Baca okkei.

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
 2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8. Ketika terkena sengal, sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang ) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.)
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung.
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur.
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat untuk mengatasi keracunan. Contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa. Kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah.
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

Lepas ini, nak cuba buat di kepala jugak.

p/s: sorry, takde gambar aku berbekam. gambar seksi dilarang dalam blog ini ye. hewhew.

Monday 16 February 2015

Berpisah

Petang tadi Amelia whatsapp aku. Dia hantar tiga keping printscreen yang berbeza. Printscreen itu menunjukkan tiga gambar passport matrik Fairus, Ninie dan dia sendiri. Masing-masing tercampak ke dewan penginapan pelajar yang berbeza. Dia sendiri terpaksa berpindah ke Sime Darby, Fairus ke Bank Rakyat dan Ninie ke SME Bank. Dari semester satu kami kenal antara satu sama lain. Kami satu kelas, satu kos. Kekadang makan semeja, lepak malam-malam pun sesama, study pun sesama, mandi pun sama-sama. Eh? Tup-tup terpaksa berpisah. Memasing duduk jauh-jauh pulak tu. Sebak jugak rasa hati ini. 

Walaupun kami bertiga terselamat daripada di apung dan masih kekal di Yayasan Al-Bukhari, tapi bila kena berpisah, memang rasa nak nangis. Lepas ini takde dah lah geng beli kuih dengan mak cik sesama tiap-tiap malam. Kali ini blok A dan blok B sahaja yang sempat siap dipasang perabot baru. Blok C dan blok D dijangka siap bulan empat. Jadi, terpaksalah dipindahkan dahulu pelajar-pelajar Yayasan Al-Bukhari ke dewan penginapan pelajar yang lain. Ramai jugak yang kena pindah.

Kata Amelia, 

"Selepas ini susahlah nak buat assignment."

Tapi, aku menjawab sambil melawak,

"Takpe, nanti kita buat sama-sama di library, huhu."

Apabila dah berjauhan ini, memanglah agak susah sedikit apabila nak discuss group assignment. Mujur jugak rakan sebilik aku ini satu kos dan adalah jugak dua tiga kelas yang aku sama dengan dia. Bolehlah buat sama-sama.Tapi, apabila terfikirkan nasib sahabat aku ini, rasa kasihan pun ada. Nak tolong, tapi tak berkuasa di dpp sendiri.

Buka semester baru ini, perabot dah baru. Katil, meja, almari semua dah baru. Cafe pun dah pun di renovate. Memang cantik. Tapi, nantilah aku post gambar cafe sekali perabot baru itu. Aku takut dengan perabot baru ini, makin sayang pulak nak tinggal bilik. Aiseyman. Moga aku dijauhi sifat malas. Simpang empat puluh empat malaikat, huhu. Semester enam ini kena usaha lebih lagi, malu aihhh result teruk. Hmm.

Harap-harap aku berjaya. Ameen,

Saturday 14 February 2015

Quick Update; Semester Enam



Kertas empat ribu tiga, kertas tiga ribu dua, kertas seribu satu. Ditambah dengan kertas penyelidikan yang wajib siapkan tiga bab pada semester ini. Kesimpulannya seminggu ada tujuh hari, sehari ada dua puluh empat jam, tolak makan minum tidur solat dan aktiviti lain hanya ada beberapa jam untuk beberapa bulan untuk aku struggle balik pada semester enam. Biar penat dan lelah terbalas, asal keputusan memberangsangkan. Tak mintak dekan tapi cuma nak lulus semua. Insha Allah, doakan aku.

One week left,

Monday 9 February 2015

Review; Le Medina Patisserie, Alor Setar

Le Medina Patisserie adalah sebuah cafe yang terletak di Alor Setar, Kedah. Dari UUM ke Le Medina Patisserie ini hanya mengambil masa dalam 45 minit. Kalau jalan jamm tak tahu lah berapa lama nak sampai kan. Kami bertolak pada pukul 12 tengahari lebih hampir pukul satu tengahari. Sesat juga rupanya nak cari Le Medina Patisserie ini sebab dia terletak diantara kedai-kedai lain dan agak sesat bila akulah drivernya yang tak kenal jalan di Alor Setar. T_T


First time masuk sini, rasa macam nak menangis. Berbaloilah kami datang dari jauh sebab klasik gila cafe dia. Tema Le Medina Patisserie ini ala-ala English style. Ada bekas bunga-bunga comel yang tersusun di sekitar kaunternya. Confirm hangpa tak nak balik sebab teruja duduk dekat sini. Di sini makanan yang disediakan ialah segala jenis cakes, Western food dan ada juga makanan Melayu. So far, tempat ini memang best kalau nak lepak-lepak. Cool je. Kalau nak sambut birthday party pun boleh. Lulz. Dekat sini jugak ada disediakan macaroon tau. Macaroon tu apa? Ala, kuih bulat-bulat yang ada cream tu. Korang jangan terkejut sebab macaroon ini 100% ciptaan dari Dr. Fazley dan semestinya diimport dari Suka Sucre milik Dr. Fazley di Kolumpo tu. *Sila google untuk gambar macaroon,

Masa kami tengah interview tu kami tanyalah makanan apa yang paling sedap disini. Jawapan untuk makanan yang paling sedap disini ialah, *drum roll*

 
Tadaa, ini lah yang aku order lepas interview tu. Mee tulang rusuk dia memang aummm, sedap gila sumpah tak tipu. Isk isk. Nora kasi lima bintang, hihik.

Jadi, siapa-siapa yang nak rasa makanan dekat Le Medina Patisserie bolehlah datang ye. Confirm tak rugi dan menyesal cuba masakan dekat sini.

Boleh search dekat instagram juga; lemedinapatisserie
Mon | Wed | Sun - 11:00 - 23:00
Thurs | Fri | Sat - 11:00 - 00:00
Tuesday - Closed

p/s; sorry, tak banyak gambar. kami banyak selfiee. kang kalau post gambar selfiee ada plak yang pengsan satgi.