Tuesday 31 December 2013

Bahu

Assalamualaikum.

Allah, sedih sangat jawab exam hari ini. Tadi waktu makan dekat Pusat Islam, tetiba rasa sebak. Suapan terakhir air mata dah mengalir dengan laju. Tak terdaya dah nak menahan, perlahan-lahan aku usap dengan lengan baju. Keluar sahaja dari Pusat Islam, Halimah ajak aku duduk di bawah pokok.Air mata makin laju menitis, hati sebak dan sedih tiba-tiba. Dalam hati berdoa, "Allah, aku tak minta banyak pun kali ini. Aku cuma mahu lulus dan mahu capai target aku.Harap-harap." 

Kata Halimah, "Kau boleh menangis hari ini sahaja. Esok-esok aku tak nak tengok kau nangis dah. Hari ini je nak menangis pun. Aku tak pandai pujuk orang. Kalau menangis sebab diri sendiri takpe, tapi kalau kau nangis sebab putus cinta, aku kena pujuk." Aku tekupkan muka pada meja. Dalam diam Halimah melawak. Aku mencapai telefon dan menghantar pesanan ringkas kepada mama.

"Mama, susahnya soalan."
"Dah boleh jawab ke tak?"
"Bolehlah, tapi tak cukup masa. Banyak yang tembak."
"Belajar mana ada senang, semua susah." 

Aku terdiam. Benar cakap mama. Belajar mana ada senang, semua susah. Aku mendongak ke langit yang kebiru-biruan. Fikiranku bercelaru. Kepalaku rasa berdenyut-denyut. Mukaku mula terasa bahang.


Ketika kami berjalan melintasi jejantas di Pusat Islam. 

"Boleh tak aku nak terjun dari atas ini?"
"Mana boleh bunuh diri. Tak baiklah ada niat macam itu."
"Taklah, bukan bunuh diri. Kamu semua tolaklah aku."
"Aah, boleh. Kamu berdiri tegak je kat sana. Nanti bila aku tolak dan mu jatuh, aku jerit."

Halimah memaut lengan aku. 

Aku punya bahu untuk bersandar, aku punya mereka untuk berkongsi rasa. Lantas, apa lagi yang tidak cukup?

Istighfar. 

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Khairy.