Thursday 28 January 2016

Perbezaan Upaya Anak-anak Tanda Kebesaran Allah

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. Allah nak tengok samaada kita demand atau tidak.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak terlalu leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira dimana mereka berada. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa menjadi ibu bapa. Belajarlah malu dengan Allah. Dia yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambanya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

 photo tumblr_inline_nzoc19PpHY1t78dpp_500_zpss1wrlepi.gifAnak-anak kita punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Nota kaki: Perkongsian daripada Quranic Circle Team. Jazakillah Khairan Khatira kepada yang kongsi.

Wednesday 27 January 2016

Wordless Wednesday


Cakes are special. Every birthday, every celebration ends with something sweet, a cake, and people remember. It's all about the memories.

Rindu

Tuesday 26 January 2016

Eversoft Camellia Flower & Mulberry Cleanser

Assalamualaikum,

Siapa dekat sini pengguna tegar Eversoft? Cuba angkat tangan, nak tengok. Herher.

Rasanya ramai yang dah tahu produk Eversoft ni 100% daripada Japan. Haa, kalau nak tahu Japan ni memang pengeluar tegar produk-produk kecantikan. Jadi, no wonderlah wajah-wajah wanita mereka flawless dan berseri-seri kan.

Since muka saya memang tiada masalah jerawat tapi saya mempunyai masalah bintik-bintik hitam. "Rakyat marhaen" ni dah berjaya menular dengan jayanya terutamanya pada bahagian hidung saya. Kulit muka saya memang bukan kulit muka yang berminyak tapi kulit saya adalah kulit kering. Omputih kata dry skin gituu.

Saya juga memang jenis yang suka tukar cleanser. Selepas saya cuba satu produk, saya cuba lagi produk yang lain. Kelemahannya ialah sebab saya jenis cepat yang tertarik kepada packaging. If packaging dia menarik tertarik kau memang da bomb pasti saya akan beli. Tapi, bacalah jugak fungsinya untuk apa dan apa kan. Agaknya, sebab itu kot saya mengalami masalah kulit kering.

Baru-baru ini saya tertarik untuk membeli produk Eversoft Camellia Flower and Mulberry Cleanser. Kali ini saya dah tak terpedaya dengan tipu daya packaging tapi saya tertarik dengan kelebihan yang ada pada produk tersebut.

 
Camellia Flower.

Camellia Flower ni memang cantikkan. Sudahlah cantik, banyak khasiat pulak tu. Daun Camellia ni mempunyai khasiat untuk memutihkan wajah. Lagi-lagi, daunnya memang punyai kandungan anti-oksidan yang tinggi. Haa, anti-oksidan ni lah yang membantu untuk mencerahkan kulit. Bukan tu saja tau, daun Camellia ni juga mempunyai polifenol. Ini lah salah satu fungsi yang menghalang kulit dari tampak kusam dan tak bermaya. 

Ini lah dia Eversoft Camellia Flower & Mulberry Cleanser. Sekarang betul-betul dah jatuh cinta dengan Camellia. Bau pun wangi tau.

Camellia Flower Extract dalam benda alah ni.

Inilah dia fungsi Camellia pada kulit muka kita. Yang penting nampak tak yang highlight purple tuu. Cuba baca dan hadam. Eversoft Camellia Flower & Mulberry Cleanser ni takde bahan-bahan yang boleh rosakkan kulit muka kita tau. Sebab tu lah produk Eversoft ni selamat sikit dari produk-produk lain. Yang penting picit sikit pun dah jimat.

So, pada sesiapa yang nak elakkan dari bahan kimia, bolehlah dapatkan produk Eversoft ni. For sure, 100% dari bahan organik.

Ok dah, nak sambung tengok Cinta Si Wedding Planner pulak.

Monday 11 January 2016

Short Escape ke Penang

Alhamdullillah, 3 years and half dah habis kan.

Hari itu, sebelum pulang ke Terengganu, abah ajak jalan-jalan pi Penang. Kami pergi dengan menaiki van yang disewa dari kawan abah. Total dalam van ialah seramai 12 orang. Bayangkan kami berhimpit sebab terlalu banyak barang yang dibawa pulang sepanjang saya di UUM. Yelah, nak buang kan sayang. Masih boleh guna, kita angkut semua bawa balik.

Keluarga saya sampai dalam pukul 8 pagi. Kerana tak terkejut dari tidur, saya bergegas untuk mandi dan kemaskan apa yang patut sebab saya jangkakan mereka sampai dalam waktu tengahari. Kami bertolak ke Penang pada jam 10 pagi dan sampai di Penang dalam pukul 2 petang camtu. Cuaca di Penang teramatlah hangat baq hang. Pasang aircond pun masih hangat, maklumlah saya tercorot di belakang sekali dalam van tu.

Masa kami mula-mula sampai, abang saya sesat dan naik ke bukit yang dekat dengan pantai Batu Feringgi tu. Jalannya yang berpusing-pusing menyebabkan orang sebelah saya muntah teruk. Mujurlah, ada bantal. Saya tekup muka saya dengan bantal sebab tak nak loya sekali tengok muntah dia. Mujurlah juga saya ini jenis yang tak cepat pening dan mabuk. Masih lagi boleh bertahan walaupun berpusing-pusing sepuluh kali dalam van tu.

Sebahagian daripada Pulau Penang. Gambar ini saya ambil masa sampai di puncak bukit berdekatan dengan Penang Tropical Farm. Cantik bukan?

Turun dari bukit, kami cari makan sekitar Teluk Bahang. Maaf sebab tak sempat nak snap gambar waktu ini sebab bateri phone dah takde.photo 0Fy3Y.gif


Saya tak tahulah orang Penang panggil tempat ini apa. Masa ini, kami semua tengah kelaparan dan waktu pusing-pusing sekitar Padang Kota untuk mencari kedai makan, kami ternampak orang ramai tengah duk ambik gambar. Jadi, saya merengek dan mintak abang untuk berhenti jugak kerana nak jugak ambik gambar walaupun saya snap gambar tanglung je. Bolehlah kan daripada takde langsung.

Guten Morgen, Penang! #day2

View dari bilik hotel, tempat di mana saya dan keluarga menginap. Ink Hotel Penang, hotel budget yang amat murah dan berbaloi untuk tinggal sehari dua. Semalaman dapat below MYR 100. Okaylah kan, bilik pun besar. Bolehlah nak duduk tiga atau empat orang. Facilities pun okay. Memang puas hati lah tinggal dekat Ink Hotel.

Hari kedua, kami pergi ke Toy and Fantasy Museum yang terletak di Teluk Bahang. Toy and Fantasy Museum ini adalah museum yang paling terbesar di dunia.  Museum ini dah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records tau. Di sini terdapat lebih kurang 100,000 patung dan mainan. Toy and Fantasy Museum ni memang sesuai untuk kanak-kanak pergi sebab terlalu banyak patung dan mainan yang dipamerkan. Tiket untuk dewasa adalah MYR 16.00 dan untuk kanak-kanak MYR 11.00. Naik satu ringgit selepas GST kot. Erk,

Sempat sahaja saya selfie dengan Mario dan kanan itu adalah Hanks, kekasih gelapku ialah patung kayu. Ini adalah salah satu favourite kartun saya masa zaman kecil. Sekarang pun still in love dengan Toy Story even dah besar. Hihik.

Setelah pusing dalam museum ini selama satu jam, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami tak sempat nak naik Bukit Bendara, pusing street-art dan makan pasembor sebab kami kejar masa. Sedih bukan?

Auf Wiedersehen, Penang. Semoga kita jumpa lagi di waktu akan datang.