Tuesday 31 December 2013

Bahu

Assalamualaikum.

Allah, sedih sangat jawab exam hari ini. Tadi waktu makan dekat Pusat Islam, tetiba rasa sebak. Suapan terakhir air mata dah mengalir dengan laju. Tak terdaya dah nak menahan, perlahan-lahan aku usap dengan lengan baju. Keluar sahaja dari Pusat Islam, Halimah ajak aku duduk di bawah pokok.Air mata makin laju menitis, hati sebak dan sedih tiba-tiba. Dalam hati berdoa, "Allah, aku tak minta banyak pun kali ini. Aku cuma mahu lulus dan mahu capai target aku.Harap-harap." 

Kata Halimah, "Kau boleh menangis hari ini sahaja. Esok-esok aku tak nak tengok kau nangis dah. Hari ini je nak menangis pun. Aku tak pandai pujuk orang. Kalau menangis sebab diri sendiri takpe, tapi kalau kau nangis sebab putus cinta, aku kena pujuk." Aku tekupkan muka pada meja. Dalam diam Halimah melawak. Aku mencapai telefon dan menghantar pesanan ringkas kepada mama.

"Mama, susahnya soalan."
"Dah boleh jawab ke tak?"
"Bolehlah, tapi tak cukup masa. Banyak yang tembak."
"Belajar mana ada senang, semua susah." 

Aku terdiam. Benar cakap mama. Belajar mana ada senang, semua susah. Aku mendongak ke langit yang kebiru-biruan. Fikiranku bercelaru. Kepalaku rasa berdenyut-denyut. Mukaku mula terasa bahang.


Ketika kami berjalan melintasi jejantas di Pusat Islam. 

"Boleh tak aku nak terjun dari atas ini?"
"Mana boleh bunuh diri. Tak baiklah ada niat macam itu."
"Taklah, bukan bunuh diri. Kamu semua tolaklah aku."
"Aah, boleh. Kamu berdiri tegak je kat sana. Nanti bila aku tolak dan mu jatuh, aku jerit."

Halimah memaut lengan aku. 

Aku punya bahu untuk bersandar, aku punya mereka untuk berkongsi rasa. Lantas, apa lagi yang tidak cukup?

Istighfar. 

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Khairy.

Thursday 21 November 2013

Auratku Maruahku

Assalamualaikum and salam Jumaat for everyone. Rasa macam dah lama tak update belog even baru seminggu lepas update. Ihiks. Hari tu saya pergi ceramah sempena awal Muharam. Memandangkan saya baru sahaja habis kelas memasak pada pukul 5 dan balik pun terkejar-kejar, dan mandi pun lambat hampir lewat untuk turun ke dewan tapi akhirnya saya turun jugak. Dengan hanya memakai seluar trek dan t-shirt, saya hadiri jugak. Pukul 9 malam bermulanya ceramah sempena awal Muharam tu. Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah saya tahu ustaz tidak ingin memarahi kami tapi ustaz tegur dengan cara yang lembut. Kata ustaz, dia tidak suka melihat perempuan memakai seluar hatta seluar trek sekalipun. Kami sudah terkedu masa itu. Memandangkan kami duduk di barisan hadapan sekali, kami tunduk. Sekali sekala saya menoleh ke kiri dan kanan, tapi tak ramai yang pakai seluar. Rasa macam kami dua orang sahaja. Kata ustaz lagi, dia lebih suka melihat memakai baju kurung. Sekalipun kita hanya memakai seluar trek tapi kata ustaz, lelaki ini sangatlah pelik. Lelaki tidak melihat bangku, malah tidak suka akan bangku. Tetapi, lelaki suka melihat akan perempuan. 


Walaupun kita hanya memakai seluar trek tapi tetap ia menampakkan susuk tubuh. Apatah lagi, kalau baju singkat bertingkat-tingkat. Lelaki suka tengok punggung perempuan. Maaf ya, ini memang benar. Saya sendiri pernah melihat seorang lelaki memandang perempuan yang berjalan tidak berkedip-kedip. Tapi, saya juga tidak menyalahkah lelaki itu, malah saya lebih menyalahkan perempuan itu. Kalau dia memakai baju labuh sekalipun tapi kainnya jenis melekat pada badan, salah siapa. Seluar ketat menampakkan segala bentuk tubuh badan juga salah siapa. Nauzubillah. Saya juga bukan orang yang sempurna, saya ingin berubah ke arah yang lebih baik. Saya mahu menutup aurat mengikut syariat, bukan dibuat-buat. Bukan untuk menunjuk. Saya faham ustaz tegur sebab dia sayangkan kami malah kami menerimanya dengan hati terbuka. Ada baiknya, saya berusaha untuk memakai kain selepas teguran ustaz. Saya tidak ingin lagi memakai seluar dan sebolehnya saya ingin menjauhkan diri saya dari memakai seluar. Menjaga aurat itu suruhan agama dan perintah Allah. Maka, kita wajib menjaga dan menutupnya sebaik mungkin dan juga jangan lupa labuhkan tudung menutupi dada kita. Insha Allah, Allah akan permudahkan. Ameen.

Wallahu'alam.


Saturday 16 November 2013

Bahagia

Indahnnya hidup jika hari-hari saya boleh ketawa. Saya boleh berjenaka dan bercerita sesuka hati. Alhamdullillah, saya sudah pun melepasi waktu-waktu sibuk di UUM. Hati ini melonjak riang tatkala semua assignment yang diberi sudah pun 99% kesemuannya dihantar. Yeah! Tapi ini bukan bermakna saya boleh bergembira dan menghabiskan masa begitu sahaja. Perjalanan saya masih panjang. Destinasi terakhir belum saya temui. Bukan destinasi cinta, tapi destinasi peperiksaan akhir. Insha-Allah, menjelang pertengahan bulan Disember nanti, kami mahasiswa-mahasiswi UUM dan IPTA seangkatan dengannya akan menduduki peperiksaan akhir. Semester ni, saya target tak banyak tapi saya amat berharap agar CGPA dan PMK saya naik tiap-tiap sem. Naik walaupun tak banyak.



Tapi, diri ini masih tidak sedar akan kehadiran peperiksaan akhir melainkan sehari sebelum atau dua hari sebelum peperiksaan bermula,  saya akan memulakan marathon study last minute. Hehe. Saya pasti anda semua pun camtu kan. Study last minute sudah menjadi tabiat saya kerana pada masa inilah saya akan struggle bebanyak. Tapi, banyak ke? Hmm. -_-"

Tapi saya akan make surekan saya boleh ingat semua isi walaupun saya suka kelentong mengikut fakta putar belit saya sendiri. Ini contoh yang tak bagus tau. Tolong jangan contohi saya. Hahaha. Saya ini jenis otak lambat pikat. Apa-apa yang saya belajar kalau tak ulang seratus kali saya memang tak ingat. Tengok tahap IQ saya sangat rendah. K, menipu. Takdelah rendah sangat okey. 50 - 50 kot. Kot lah kan.

Tapi, alhamdullillah dekat UUM ini saya dapat banyak kawan yang suka belajar. Kadang-kadang saya terpengaruh dengan mereka. Mereka ini adalah orang-orang genius. Lagi-lagi si Fairus. Otak Fairus bergeliga macam bebola api. Kadang-kadang, saya confuse. Saya selalu fikir dia ini makan apa sampai genius macam tu. Lama saya mencari jawapan. Akhirnya, saya temui. Kadang-kadang ada orang lebih pandai dari kita, lebih cepat tangkap apa yang diajar kerana belajarnya berkat. Boleh bawa muafakat. Macam Fairus, dia selalu tolong saya dan ajar saya serta kawan-kawan yang lain. Walaupun dia sedikit garang ala-ala A.Galak tapi dia baik hati. Mujur aje si Fairus ni takde misai. Kehkehkeh. Fairus jugak jenis yang tak susahkan mak dan ayah. Dia selalu berjimat berbanding saya yang kuat boros dan suka bazirkan duit. :3

Saya tahu, berkat mak dan ayah melebihi segala-galanya. Kalau mak dan ayah kita redha, Insha Allah dengan izin dari-Nya, Allah akan turut redhakan hidup kita. Sebaliknya, jika mak dan ayah kita tak redha maka sebaliknya lah. Saya tak nak jadi anak derhaka. Jauh sekali nak melawan cakap mak dan ayah. Nauzubillah. Saya juga mengharapkan redha mak dan ayah saya. Mungkin benda ini nampak kecil, tapi jika kita tak hormat, biadap dan jawab pun ahhh camtu, macam mana Allah nak berkatkan hidup kita? Just anda fikir seratus kali dan fikir masak-masak. Nak berkat, kena hormat mereka. Lagi satu, saya teringat pesan pensyarah semasa di program kerjaya semalam, "Apa-apa yang kita buat, niat mesti betul. Apa-apa yang kita buat, selalulah utamakan kedua ibu bapa kita. Kalau dah takda mak dan ayah, niatlah kerana mereka. Kalau dah berjaya, buatlah kenduri tahlil kerana mereka. Utamakanlah mereka sebab tanpa mereka kita takkan ada di dunia ini."

Wallahu'alam.


Thursday 14 November 2013

Seharum Mawar Berduri

Hari itu saya telah pergi ke Forum Seharum Mawar Berduri di kampus saya sendiri. Panel forum ini ialah tiga orang panel, iaitu Ustaz Ghadaffi pensyarah dan pendakwah bebas di UUM, Ustazah Asni dan juga Kak Heliza Helmi. Apa yang saya nak ceritakan di sini, banyak input yang saya dapat sepanjang berlangsungnya forum ini. Masa saya berada dalam dewan itu, hati ini benar-benar rasa insaf. Forum ini lebih ke arah wanita. Kata Ustaz Ghadaffi, Allah menciptakan kita berpasang-pasangan. Semuanya ada dua pasang. Mata, telinga, kaki, tangan dan sebagainya termasuklah kita, lelaki dan perempuan.

Sepanjang forum ini berlangsung, dalam hati saya sendiri terdetik. Banyak dosa yang saya lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa tapi saya menyalahkan diri sendiri kerana begitu terleka dengan kehidupan dunia sehingga alpa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Benar kata ustaz, ramai yang sudah bernikah, tapi belum berkahwin. Anak-anak Melayu sedang lalai dengan percintaan. Bercinta sampai melanggar batas. Bercinta sampai melanggar peraturan. Islam memang mengharamkan bercinta sebelum nikah kerana ia adalah jalan kepada perzinaan. Tapi, kita tetap tidak sedar. Kita tetap berkhayal dengan dunia sendiri. Berharap pasangan kita yang sekarang adalah jodoh kita. Mengapa tidak berdoa dalam sujud kalau kita memang menyukai dia? Mengapa harus bercinta sedangkan dia belum tentu menjadi zauj atau zaujah kita? Kata ustaz, "Kita nak jalan yang diredhai Allah ke atau jalan yang dimurkai Allah? Tepuk dada tanya iman." Tak salah kita menyukai seseorang tapi ada caranya, ada jalannya.

Kalau suka sama suka, bernikahlah. Bernikah dengan cara yang sah. Bukan berzina. Nauzubillah. Dalam maksudnya. Walaupun saya bukanlah mawar berduri yang sempurna tapi saya ingin menjadi yang sempurna di mata Allah. Saya ingin perbaiki diri ini dan saya berusaha untuk menjaga maruah diri.Insha Allah diizinkan Tuhan.


Lama saya termenung, buat apa memiliki cinta sedangkan cinta itu di murkai Allah. Saya pernah bercinta tetapi saya sekarang saya telah berhenti menyakitkan diri sendiri dan sedang berusaha untuk menjaganya. Kata Ustazah Asni "Bagaimana kita hendak mencintai orang lain sedangkan kita tidak berusaha nak mencintai diri sendiri?" Hati saya sebak. Benar, kita sedang sibuk mencintai orang lain tetapi tidak mencintai diri kita sendiri. Malah dengan cinta itu, kita sedang menjerumuskan diri kita ke jalan yang salah. Jalan yang tidak diredhai Allah. Mencintai tak salah tapi diam-diam sudah. Tak perlu resah andai kita mempunyai pasangan sekarang ini kerana jodoh itu ditangan Tuhan.Allah kan sudah berjanji jika kita tidak mempunyai pasangan di dunia tidak mengapa kerana di syurga itu pasti ada. Insha Allah.

Wahai saudara-saudaraku, jadilah kita seperti seharum mawar berduri. Sukar dipetik kerana duri yang melindunginya dan harum kerana maruahnya yang terpelihara.


Monday 4 November 2013

Hijab

Memakai tudung adalah satu kewajipan berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh.ini berdasarkan Firman ALLAH S.W.T dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An-Nur.Meninggalkan kewajipan berhijab atau memakai tudung adalah berdosa.Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula  boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ngejek amalan agama.Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah Allah yang telah diberikan kepada mereka,tetapi tidak pula menjadikan amalan hijab satu alasan untuk memandang rendah kepada wanita lain kerana sikap sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.

Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga kaki kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh budan di khalayak umum.Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya.Sekaligus pakaian yang boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki.Kewajipan bertudung tidak terlepas daripada tanggungjawab setiap wanita muslim.Sama ada baik atau tidak akhlak mereka,itu adalah antara mereka dengan ALLAH.Aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama,perbaikilah kesilapan diri.Tudung di luar,tudung di dalam (hati).

Hiasilah diri dengan sifat suka bertolak ansur dan sentiasa bermanis muka,cuba  jangan tinggal sembahyang,cuba didik diri dengan menjadi orang yang lemah-lembut dan menjaga diri setiap wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.