Saturday 20 February 2016

On Semi-Hiatus

Haluu gais,

Aku baru lepas kemas baju dan barang. Esok pagi, aku akan berangkat ke tempat praktikal. Aku dah tak tahu nak kemas apa. Rase macam nak angkut semua barang je pergi sane.

Ek eleh, dalam Terengganu ni pun. Tetibe je aku rase nak bungkus semua barang dan bawak ke sane. Selepas ni, aku maybe tak update belog selame enam bulan. Kalau ade wifi free kat sane, boleh lah aku cilok sikit untuk post something. Tu pun, kalau aku cergas dan bertenage even aku sibuk bekerja.

 

Aku akan ber-praktikal bermula 22 Februari - 7 Ogos ni. In Sha Allah, jika tiada halangan bulan 10 ni aku konvo. Nervous jugak ni nak pergi bekerja dekat tempat orang sebab tak biasa kan. Kite pun tak tahu orang suka ke tak dengan kehadiran kite. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Doakan aku ye :')

Wednesday 17 February 2016

Wordless; Sehari di Kota Bharu

Kebetulan aku temankan ayah aku meeting di Korea... Eh, bukanlah. Kota Bharu je pun. Aku malas nak taip panjang-panjang. Layankan tiga gambar ni ye. Hihu.

Night view dari Hotel Ridel. Ini ialah Menara Tambatan di Raja Kelantan dan di hadapan menara ini terdapat sungai Kelantan. Duduk ambil angin dekat sini memang layan. Bolehlah kot nak berangan kejap. Kalau photoshoot dekat sini lagi cantik.^^

1913. Bangunan yang tertua di Kelantan mungkin. Bangunan ni terletak belakang Hotel Ridel.

Aiskrim kelapa ni dijual di tepi pintu masuk Pasar Siti Khadijah. 3 riyal je deh. Makan tengah-tengah panas memang layan.

Kelantan Terbaik. Best!


p/s: All pictures are taken using Sony Xperia Z1 and editing by me.

Tuesday 16 February 2016

Pencapaian Ku

Assalamualaikum.

Alhamdullillah, syukur sangat-sangat. Akhirnya, semua usahaku pada semester lepas berbaloi. Segala penat dan lelah semester lepas berbayar. Semalam, keputusan peperiksaan telah diumumkan. All is paid off. 

Jeng..jeng...


Tiga hari sebelum result official keluar, aku dah cek dekat portal. Result un-official ni keluar CGPA je. Masa nak cek tu, dup-dap dup-dap jugak jantung aku. Untuk semester tujuh ni, aku tak expect pun dapat result macam ni sebab masa aku final hari tu, banyak jugak paper yang aku tak tahu jawapan then aku tinggal kosong. Pastu, balik bilik muka sebek. Pastu, terus takde mood nak study untuk paper seterusnya.

Jenis aku pulak suka akan study last minit. Takde maknanya, hari ni start semester baru, hari ni nak bukak buku. Kikiki. Kebiasaannya, pelajar-pelajar U akan study apabila hari tu ada kuiz, ada mid-term atau pun ada tutorial. Jarang sangat nak buka buku selepas habis kelas. Biasanya, balik kelas terus membungkamkan diri atas katil. Macam aku, hari-hari aku tidur petang kecuali apabila ada kelas petang. T_T

Masa final exam hari tu, aku ada paper berderet tiga sekaligus. Hari ini exam Arab, malam tu jugak pulun untuk Seminar. Gap sehari, pastu aku pulun untuk paper German pulak. Memang masa tu, rase nak hantuk je kepala dekat dinding. UUM pulak memang takde study week langsung. Habis je kelas hari Khamis terus start exam hari Ahad. Kebetulan, exam kali ni aku habis awal so sebab tu paper aku berderet-deret.

Walau apa pun, syukur sangat dengan result semester ni. Aku keciwa jugak sebab aku target German A+ tapi tak dapat sebab carrymark aku rendah. Huhu. Tapi takpe sebab aku still dalam proses pembelajaran.

Dan, aku jugak nak bagitau yang tesis aku dapat A- :)

Alhamdullillah, setahun aku ulang-alik ke library untuk siapkan tesis ni. Dengan muka tak malu lagi pergi collect data. Lepas tu key-in data sebanyak 200. Huwarghhh!

Penat tapi gembira. 

Man Jadda Wa Jadda kan, sesiapa yang berusaha maka dia akan mendapat hasilnya.

Psst, tahniah jugak kepada kawan-kawan yang dapat result cemerlang. Selamat ber-praktikal
semuanya. :)

Terima kasih, Tuhan.

Thursday 4 February 2016

#DialogTalk - Jodoh

Pagi tadi aku keluar dengan mak. Selepas makan tengahari di kedai Nasi Ayam, mak ajak aku ke kedai emas.

Sebenarnya, bukan nak beli emas pun tapi memang hobi mak pergi ke kedai emas kawan beliau yang terletak bersebelahan dengan kedai buku Aladdin tu. T_T

Semasa dalam perjalanan nak ke kedai kawan beliau, aku cakap dekat mak;

"Kita nak jugak emas. Cincin kita tu dah ketat."

"Hmm, nanti mu suruh lah tok laki beli. Mintak dengan tok laki mu nanti."

"Tadok tok laki lah mak. Tak nak kahwin pun. Tak rase pun nak kahwin."

Padahal dalam hati, menggeletek nak kahwin.

Aku sambung,

"Lelaki semua sama je mak."

"Bakpe kabo gitunya, dah kalau tadok jodoh mu dengan dia adalah tu yang lebih baik. Mak ni doa sokmo supaya mu boleh tok laki yang boleh bimbing mu. Yang soleh."

Aku terdiam.

Rasa sayu dan hiba. Masa ni rasa nak menangis pun ada.

Mak sambung,

"Kalau dah bukan jodoh, adalah tu hikmah-Nya. Mu doa jela, mintak dengan Allah supaya dapat suami yang boleh bimbing mu dunia akhirat. Kita pun memang kena usaha mintak dengan Allah. Istikharah."

Aku kelu seribu bahasa.

Betul kata mak, nak yang baik-baik kena usaha. Usaha jadi yang baik, barulah dapat yang baik.

Menantu pilihan mak. Kohkohkoh.
Jodoh itu rahsia Allah. Allah menemukan kita pada orang yang salah awalnya dan menemukan jodoh yang sesuai pada akhirnya. Itulah tanda Allah sayangkan hamba-Nya.
:') 

Nota kaki: Aku, mu, kita tu memang dialek Terengganu. Mungkin bagi orang luar nampak kasar tapi tak pun. Tu bahasa sopan-santun di Terengganu. Lelaki semua tak same. Saje je aku cakap camtu. Hihu. Mohon jangan kecam saia.

Tuesday 2 February 2016

Dating di Dominos Pizza

Assalamualaikum,

Semalam, saya pi dating dengan kawan saya till Jannah. Katanya, teringin nak makan pizza. So, kami pergi Dominos Pizza dan kami prefer Dominos dari pizza-pizza lain sebab pizza Dominos banyak topping dan rangup. Herher.

Kelebihan Dominos Pizza juga sekali ngap memang tak rasa muak sebab pizza Dominos kan boleh pilih ketebalannya. Jadi, sebab itulah kami order dua pizza regular dengan ketebalan yang sederhana untuk dua orang makan.

 

Dua pizza bulat untuk dua orang makan, ko ghase ni manusia ke syaiton? HAHAHA.  photo tumblr_inline_mgolllsgrk1rxsw83_zps8kxq20uc.gif

Kami order Beef Pepperoni dan Chicken Cheese. Btw, sekarang Dominos Pizza tengah promosi tau. Dua biji pizza regular untuk RM 30 sahaja. Jimat bukan?

Bae.
Ohh ye, dengar-dengar Dominos Pizza juga ada buat competition #DGoldenPass untuk pengguna Instagram. Jangan lupa search +DominosMY di Instagram untuk maklumat lanjut. Boleh baca syarat-syarat untuk dapatkan pizza percuma dari Dominos Pizza dan search juga @amrxh.nr dan klik butang follow. Haha.

Ok dah, nak pergi memasak pulak.