Monday 11 January 2016

Short Escape ke Penang

Alhamdullillah, 3 years and half dah habis kan.

Hari itu, sebelum pulang ke Terengganu, abah ajak jalan-jalan pi Penang. Kami pergi dengan menaiki van yang disewa dari kawan abah. Total dalam van ialah seramai 12 orang. Bayangkan kami berhimpit sebab terlalu banyak barang yang dibawa pulang sepanjang saya di UUM. Yelah, nak buang kan sayang. Masih boleh guna, kita angkut semua bawa balik.

Keluarga saya sampai dalam pukul 8 pagi. Kerana tak terkejut dari tidur, saya bergegas untuk mandi dan kemaskan apa yang patut sebab saya jangkakan mereka sampai dalam waktu tengahari. Kami bertolak ke Penang pada jam 10 pagi dan sampai di Penang dalam pukul 2 petang camtu. Cuaca di Penang teramatlah hangat baq hang. Pasang aircond pun masih hangat, maklumlah saya tercorot di belakang sekali dalam van tu.

Masa kami mula-mula sampai, abang saya sesat dan naik ke bukit yang dekat dengan pantai Batu Feringgi tu. Jalannya yang berpusing-pusing menyebabkan orang sebelah saya muntah teruk. Mujurlah, ada bantal. Saya tekup muka saya dengan bantal sebab tak nak loya sekali tengok muntah dia. Mujurlah juga saya ini jenis yang tak cepat pening dan mabuk. Masih lagi boleh bertahan walaupun berpusing-pusing sepuluh kali dalam van tu.

Sebahagian daripada Pulau Penang. Gambar ini saya ambil masa sampai di puncak bukit berdekatan dengan Penang Tropical Farm. Cantik bukan?

Turun dari bukit, kami cari makan sekitar Teluk Bahang. Maaf sebab tak sempat nak snap gambar waktu ini sebab bateri phone dah takde.photo 0Fy3Y.gif


Saya tak tahulah orang Penang panggil tempat ini apa. Masa ini, kami semua tengah kelaparan dan waktu pusing-pusing sekitar Padang Kota untuk mencari kedai makan, kami ternampak orang ramai tengah duk ambik gambar. Jadi, saya merengek dan mintak abang untuk berhenti jugak kerana nak jugak ambik gambar walaupun saya snap gambar tanglung je. Bolehlah kan daripada takde langsung.

Guten Morgen, Penang! #day2

View dari bilik hotel, tempat di mana saya dan keluarga menginap. Ink Hotel Penang, hotel budget yang amat murah dan berbaloi untuk tinggal sehari dua. Semalaman dapat below MYR 100. Okaylah kan, bilik pun besar. Bolehlah nak duduk tiga atau empat orang. Facilities pun okay. Memang puas hati lah tinggal dekat Ink Hotel.

Hari kedua, kami pergi ke Toy and Fantasy Museum yang terletak di Teluk Bahang. Toy and Fantasy Museum ini adalah museum yang paling terbesar di dunia.  Museum ini dah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records tau. Di sini terdapat lebih kurang 100,000 patung dan mainan. Toy and Fantasy Museum ni memang sesuai untuk kanak-kanak pergi sebab terlalu banyak patung dan mainan yang dipamerkan. Tiket untuk dewasa adalah MYR 16.00 dan untuk kanak-kanak MYR 11.00. Naik satu ringgit selepas GST kot. Erk,

Sempat sahaja saya selfie dengan Mario dan kanan itu adalah Hanks, kekasih gelapku ialah patung kayu. Ini adalah salah satu favourite kartun saya masa zaman kecil. Sekarang pun still in love dengan Toy Story even dah besar. Hihik.

Setelah pusing dalam museum ini selama satu jam, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Kami tak sempat nak naik Bukit Bendara, pusing street-art dan makan pasembor sebab kami kejar masa. Sedih bukan?

Auf Wiedersehen, Penang. Semoga kita jumpa lagi di waktu akan datang.

6 comments:

  1. best penang tapi tak puas banyak lagi tempat tak pergi....

    ReplyDelete
  2. Bestnya jalan2 penang. kak rehan dulu pernah belajar kat penang tapi biasalah zaman belajar mana ada duit nak jalan2. hahah. btw akak follow. jemput follow akak balik ye

    www.noraihanqusyairi.com

    ReplyDelete
  3. teringin jugak nak pergi jenjalan penang.. selalu p umah macek kt Bukit mertajam jaaa...hehehe, nice view lahhh
    #salamperkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga izzati amira, nama sama ^^

      Delete
  4. Bestnyaaaa!! apa kata try pi upside down museum kat penang (Y)

    oh btw, im no longer a pt3 student, that's just a post written 2 years ago.. haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, yeke... Akak ingatkan still pt3, sorry yer :D

      Delete