Friday 23 December 2016

Appreciation Post | Hari Graduasi Amirah

Assalamualaikum 💛

Lama gila rasanya tak bukak blog. Tau-tau dah ade emoji bagai. Ketinggalan betul. 💁
Lately ni busy gila. Semenjak habis internship hari tu, saya sibuk sangat bekerja. Ya, dunia bekerja penat betul. Hari bekerja, malam mesti terbongkang (tidur) awal. Ya Rabbi, penat sangat sampaikan tak sempat nak update blog. Ya, saya tahu saya tipu. Sebenarnya saya tak malas + malas. Hihu.

Alhamdullillah, pada 14 November bulan lepas, saya telah berjaya menamatkan pengajian ijazah saya dalam bidang Pengurusan Hospitaliti di UUM. Empat tahun yang begitu mencabar akhirnya berakhir.

And after four years...

Officially graduated. 💫

Verily, with hardship comes ease,

Penat lelah selama empat tahun akhirnya terbalas. Saat campak topi ni, ai rasa sungguh bahagia. Bahagia dan gembira. Rasa nak nangis pun ada sebab lepas ni tak tahu bila lagi dapat menjejakkan kaki ke UUM. Huhu.

Syukur sangat ke hadrat Ilahi sebab berjaya pakai jubah biru ni pada masa yang ditetapkan. Terima kasih buat Mak Abah yang telah mendidik, memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat di saat anakanda-mu ini rasa putus asa dan kecewa. Terima kasih juga buat semua lecturer-lecturer di UUM especially lecturer Hospitaliti dan Pelancongan kerana tanpa anda siapalah saya. Akhir kata, terima kasih juga buat semua course-mate hospitaliti batch 2012/2016 yang telah banyak membantu dan bertukar ilmu sepanjang saya di bumi Sintok ni. I will miss each of you. Insha Allah, ketemu lagi nanti.

Thank you guys! 💚

p/s: dapat post satu keping gambar sahaja sebab line slow gila, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
*nangis tepi bucu katil*😖