Thursday, 14 November 2013

Seharum Mawar Berduri

Hari itu saya telah pergi ke Forum Seharum Mawar Berduri di kampus saya sendiri. Panel forum ini ialah tiga orang panel, iaitu Ustaz Ghadaffi pensyarah dan pendakwah bebas di UUM, Ustazah Asni dan juga Kak Heliza Helmi. Apa yang saya nak ceritakan di sini, banyak input yang saya dapat sepanjang berlangsungnya forum ini. Masa saya berada dalam dewan itu, hati ini benar-benar rasa insaf. Forum ini lebih ke arah wanita. Kata Ustaz Ghadaffi, Allah menciptakan kita berpasang-pasangan. Semuanya ada dua pasang. Mata, telinga, kaki, tangan dan sebagainya termasuklah kita, lelaki dan perempuan.

Sepanjang forum ini berlangsung, dalam hati saya sendiri terdetik. Banyak dosa yang saya lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa tapi saya menyalahkan diri sendiri kerana begitu terleka dengan kehidupan dunia sehingga alpa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Benar kata ustaz, ramai yang sudah bernikah, tapi belum berkahwin. Anak-anak Melayu sedang lalai dengan percintaan. Bercinta sampai melanggar batas. Bercinta sampai melanggar peraturan. Islam memang mengharamkan bercinta sebelum nikah kerana ia adalah jalan kepada perzinaan. Tapi, kita tetap tidak sedar. Kita tetap berkhayal dengan dunia sendiri. Berharap pasangan kita yang sekarang adalah jodoh kita. Mengapa tidak berdoa dalam sujud kalau kita memang menyukai dia? Mengapa harus bercinta sedangkan dia belum tentu menjadi zauj atau zaujah kita? Kata ustaz, "Kita nak jalan yang diredhai Allah ke atau jalan yang dimurkai Allah? Tepuk dada tanya iman." Tak salah kita menyukai seseorang tapi ada caranya, ada jalannya.

Kalau suka sama suka, bernikahlah. Bernikah dengan cara yang sah. Bukan berzina. Nauzubillah. Dalam maksudnya. Walaupun saya bukanlah mawar berduri yang sempurna tapi saya ingin menjadi yang sempurna di mata Allah. Saya ingin perbaiki diri ini dan saya berusaha untuk menjaga maruah diri.Insha Allah diizinkan Tuhan.


Lama saya termenung, buat apa memiliki cinta sedangkan cinta itu di murkai Allah. Saya pernah bercinta tetapi saya sekarang saya telah berhenti menyakitkan diri sendiri dan sedang berusaha untuk menjaganya. Kata Ustazah Asni "Bagaimana kita hendak mencintai orang lain sedangkan kita tidak berusaha nak mencintai diri sendiri?" Hati saya sebak. Benar, kita sedang sibuk mencintai orang lain tetapi tidak mencintai diri kita sendiri. Malah dengan cinta itu, kita sedang menjerumuskan diri kita ke jalan yang salah. Jalan yang tidak diredhai Allah. Mencintai tak salah tapi diam-diam sudah. Tak perlu resah andai kita mempunyai pasangan sekarang ini kerana jodoh itu ditangan Tuhan.Allah kan sudah berjanji jika kita tidak mempunyai pasangan di dunia tidak mengapa kerana di syurga itu pasti ada. Insha Allah.

Wahai saudara-saudaraku, jadilah kita seperti seharum mawar berduri. Sukar dipetik kerana duri yang melindunginya dan harum kerana maruahnya yang terpelihara.


No comments:

Post a Comment