Monday, 4 November 2013

Hijab

Memakai tudung adalah satu kewajipan berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh.ini berdasarkan Firman ALLAH S.W.T dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An-Nur.Meninggalkan kewajipan berhijab atau memakai tudung adalah berdosa.Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula  boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ngejek amalan agama.Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah Allah yang telah diberikan kepada mereka,tetapi tidak pula menjadikan amalan hijab satu alasan untuk memandang rendah kepada wanita lain kerana sikap sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.

Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga kaki kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh budan di khalayak umum.Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya.Sekaligus pakaian yang boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki.Kewajipan bertudung tidak terlepas daripada tanggungjawab setiap wanita muslim.Sama ada baik atau tidak akhlak mereka,itu adalah antara mereka dengan ALLAH.Aurat wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama,perbaikilah kesilapan diri.Tudung di luar,tudung di dalam (hati).

Hiasilah diri dengan sifat suka bertolak ansur dan sentiasa bermanis muka,cuba  jangan tinggal sembahyang,cuba didik diri dengan menjadi orang yang lemah-lembut dan menjaga diri setiap wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


1 comment: