Thursday, 21 November 2013

Auratku Maruahku

Assalamualaikum and salam Jumaat for everyone. Rasa macam dah lama tak update belog even baru seminggu lepas update. Ihiks. Hari tu saya pergi ceramah sempena awal Muharam. Memandangkan saya baru sahaja habis kelas memasak pada pukul 5 dan balik pun terkejar-kejar, dan mandi pun lambat hampir lewat untuk turun ke dewan tapi akhirnya saya turun jugak. Dengan hanya memakai seluar trek dan t-shirt, saya hadiri jugak. Pukul 9 malam bermulanya ceramah sempena awal Muharam tu. Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah saya tahu ustaz tidak ingin memarahi kami tapi ustaz tegur dengan cara yang lembut. Kata ustaz, dia tidak suka melihat perempuan memakai seluar hatta seluar trek sekalipun. Kami sudah terkedu masa itu. Memandangkan kami duduk di barisan hadapan sekali, kami tunduk. Sekali sekala saya menoleh ke kiri dan kanan, tapi tak ramai yang pakai seluar. Rasa macam kami dua orang sahaja. Kata ustaz lagi, dia lebih suka melihat memakai baju kurung. Sekalipun kita hanya memakai seluar trek tapi kata ustaz, lelaki ini sangatlah pelik. Lelaki tidak melihat bangku, malah tidak suka akan bangku. Tetapi, lelaki suka melihat akan perempuan. 


Walaupun kita hanya memakai seluar trek tapi tetap ia menampakkan susuk tubuh. Apatah lagi, kalau baju singkat bertingkat-tingkat. Lelaki suka tengok punggung perempuan. Maaf ya, ini memang benar. Saya sendiri pernah melihat seorang lelaki memandang perempuan yang berjalan tidak berkedip-kedip. Tapi, saya juga tidak menyalahkah lelaki itu, malah saya lebih menyalahkan perempuan itu. Kalau dia memakai baju labuh sekalipun tapi kainnya jenis melekat pada badan, salah siapa. Seluar ketat menampakkan segala bentuk tubuh badan juga salah siapa. Nauzubillah. Saya juga bukan orang yang sempurna, saya ingin berubah ke arah yang lebih baik. Saya mahu menutup aurat mengikut syariat, bukan dibuat-buat. Bukan untuk menunjuk. Saya faham ustaz tegur sebab dia sayangkan kami malah kami menerimanya dengan hati terbuka. Ada baiknya, saya berusaha untuk memakai kain selepas teguran ustaz. Saya tidak ingin lagi memakai seluar dan sebolehnya saya ingin menjauhkan diri saya dari memakai seluar. Menjaga aurat itu suruhan agama dan perintah Allah. Maka, kita wajib menjaga dan menutupnya sebaik mungkin dan juga jangan lupa labuhkan tudung menutupi dada kita. Insha Allah, Allah akan permudahkan. Ameen.

Wallahu'alam.


2 comments:

  1. “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas nasihat. sangat terkesan. btw jalan sini :)

    ReplyDelete