Alhamdullillah, syukur sangat-sangat. Akhirnya, semua usahaku pada semester lepas berbaloi. Segala penat dan lelah semester lepas berbayar. Semalam, keputusan peperiksaan telah diumumkan. All is paid off.
Jeng..jeng...
Tiga hari sebelum result official keluar, aku dah cek dekat portal. Result un-official ni keluar CGPA je. Masa nak cek tu, dup-dap dup-dap jugak jantung aku. Untuk semester tujuh ni, aku tak expect pun dapat result macam ni sebab masa aku final hari tu, banyak jugak paper yang aku tak tahu jawapan then aku tinggal kosong. Pastu, balik bilik muka sebek. Pastu, terus takde mood nak study untuk paper seterusnya.
Jenis aku pulak suka akan study last minit. Takde maknanya, hari ni start semester baru, hari ni nak bukak buku. Kikiki. Kebiasaannya, pelajar-pelajar U akan study apabila hari tu ada kuiz, ada mid-term atau pun ada tutorial. Jarang sangat nak buka buku selepas habis kelas. Biasanya, balik kelas terus membungkamkan diri atas katil. Macam aku, hari-hari aku tidur petang kecuali apabila ada kelas petang. T_T
Masa final exam hari tu, aku ada paper berderet tiga sekaligus. Hari ini exam Arab, malam tu jugak pulun untuk Seminar. Gap sehari, pastu aku pulun untuk paper German pulak. Memang masa tu, rase nak hantuk je kepala dekat dinding. UUM pulak memang takde study week langsung. Habis je kelas hari Khamis terus start exam hari Ahad. Kebetulan, exam kali ni aku habis awal so sebab tu paper aku berderet-deret.
Walau apa pun, syukur sangat dengan result semester ni. Aku keciwa jugak sebab aku target German A+ tapi tak dapat sebab carrymark aku rendah. Huhu. Tapi takpe sebab aku still dalam proses pembelajaran.
Dan, aku jugak nak bagitau yang tesis aku dapat A- :)
Alhamdullillah, setahun aku ulang-alik ke library untuk siapkan tesis ni. Dengan muka tak malu lagi pergi collect data. Lepas tu key-in data sebanyak 200. Huwarghhh!
Penat tapi gembira.
Man Jadda Wa Jadda kan, sesiapa yang berusaha maka dia akan mendapat hasilnya.
semuanya. :)
Terima kasih, Tuhan.
Tahniah kak ^^ Suka tengok bila seseorang tu berjaya <3
ReplyDeleteTerima kasih Saf :) Belajar rajin-rajin ya <3
DeleteIn Shaa Allah kak <3
DeleteCongratulations ~ i hope i can be like you soon :')
ReplyDeleteTerima kasih, In Shaa Allah ;>
DeleteCongrats adik! Siapa berusaha dia pasti boleh! \o/
ReplyDeleteTerima kasih Kak Yura :)
DeleteMantop !
ReplyDeleteMabruk ! Tahniah ^_^
moga lebih cemerlang dimasa akan datang <3
Wahh . Tahniah akak . Moga berjaya dunia dan akhirat :D
ReplyDeleteTerima kasih Syahirah. In Sha Allah, Amin :D
DeleteTerima kasih Kak^^
ReplyDelete