Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. Allah nak tengok samaada kita demand atau tidak.
Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.
Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak terlalu leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira dimana mereka berada. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa menjadi ibu bapa. Belajarlah malu dengan Allah. Dia yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambanya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Nota kaki: Perkongsian daripada Quranic Circle Team. Jazakillah Khairan Khatira kepada yang kongsi.
Balas kunjungan :)
ReplyDeleteBy the way, ambil hospitality dekat mana?
Bila baca post ni, teringat dekat diri yang biasa-biasa ni.
ReplyDeleteTu lah, diri kita biasa-biasa je. Takde yang sempurna pun :')
Deletesetiap satunya adalah anugerah yang tak ternilai ^^
ReplyDeleteYa, betul tu anak adalah anugerah yang tak ternilai sekali :')
DeleteJangan sebak Fadilah. Sekadar perkongsian :)
ReplyDelete