Earphone dicapai. Lagu A Thousand Years by Christina Perri dimainkan. Setiap bait lagu cuba dihayati. Alangkah indahnya jika pada usia muda dia sudah mempunyai suami. Suami yang diimpikan bukanlah calang-calang orang. Suami yang didambakan bukanlah orang-orang yang berstatus tinggi. Bukan juga yang mempunyai gelaran Datuk Seri. Suami yang diimpikan hanyalah seorang lelaki biasa. Entah sampai saat ini, tiada satu keping sms pun masuk melalui Samsung Galaxy Y berwarna pink itu. Sebelum tidur, dia selalu menunggu sekeping sms itu, namun harapan seperti sia-sia. Handphonenya seakan-akan mati tanpa nada.
Last seen 18:41 today.
Profile WhatsApp lelaki itu direnung dengan tajam. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berkecamuk. Sekeping whatsapp pun tidak masuk. Lama dia menunggu dan kesabarannya seakan teruji.
"Kalau tak suka, lepaskan."
Berulang-ulang ayat itu cuba dibisikkan ke dalam hatinya. Dia sedar bahawa dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas kekasihnya itu. Perlahan-lahan dia juga cuba untuk mengusir rasa cinta itu. Mungkin, inilah jalan yang terbaik. Berserah dan redha dengan ketentuan Ilahi.
"Kalau ada jodoh, adalah."
No comments:
Post a Comment