Wednesday, 23 January 2019

My Wedding Journey (Part 2)

Assalamualaikum,

After one year, I'm back. Masha-Allah sis kenapa tak muncul 10 tahun akan datang je. Sorry guys. Maaflah sebab ambik masa lama gila nak update belog. Sis benar-benar busy dengan kerja dan letih bercampur sedikit kemalasan yang melanda. Ampun ya. 🙍

Tahun lepas saya dah cerita sedikit lah mengenai pernikahan saya dengan suami tercinta. Tercinta ke? Euwww, sila muntah hijau. 😆 Selesai sahaja majlis pernikahan, kami duduk rilek-rilek dulu sebab majlis bersandingnya besok. Malam tu, saya dan famili cuma kemaskan apa yang patut.  Selesai sahaja majlis nikah barulah rasa lega sikit. Kalau tak hati ni asyik berdebor sahaja kahwin kan satu tanggungjawab. Nak pikul amanah dan tanggungjawab ni besar peranannya. Kena banyakkan belajar lagi ni untuk jadi isteri solehah. Ameen, mudah-mudahan.

Warna maroon menjadi warna pilihan untuk majlis pihak perempuan. Suami turutkan aje sebab kata dia tak kisah warna apa asalkan dia berbaju. 💁

"Minta ampun ya bang, hihi." Tetiba rasa macam salam raya.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah. Ameen Ya Rabbal al-Amin."

Pandang masa depan.
      

My prince charming 💛
King kong kuasa dua 💃

💖

Sebenarnya semua gambar ni saya patut post setahun yang lalu. Tapi baru hari ini berkesempatan nak update. Itu pun selepas setahun dan lepas our first anniversary dah. 🙏 Masih berdua belum lagi bertiga. Hopefully, tahun ini muncul lah seorang khalifah Allah. Amin. Doa-doakan ye.

Till next time, xoxo.


Sunday, 7 January 2018

My Wedding Journey (Part 1)

Assalamualaikum 2018,

Alhamdullillah, sedar tak sedar dah masuk tahun baru ya. 2017 telah meninggalkan banyak sangat kenangan manis dan pahit. Syukur sangat dalam banyak-banyak kenangan, mestilah yang paling manis akan diingati. Hihi.

24 Disember 2017,
Dengan tiga kali lafaz, alhamdullillah sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. Kami telah bersatu sebagai suami isteri yang sah. Time akad nikah tu, macam-macam perasaan wujud. Huhu, first time weh dan sekali sahaja seumur hidup ni. Gementar, gembira, sedih semuanya bercampur baur. Tengok muka suami sendiri pun nervous je, hehe. 

Muka suamiku yang dah lega. Rasanya masa ni dia cakap alhamdullillah kot, selesai. Hehe 🙊

Selesai sahaja akad nikah, semua tetamu yang datang dijemput ke meja makan untuk makan. Adalah sedikit sebanyak makanan yang kami sediakan. Kami pengantin tak boleh makan lagi sebab photographer tu sibuk nak tangkap gambar kami. Hehe. 

Selesai bab nikah, nanti kita cerita part bersanding pulak. Hihi.

Friday, 22 September 2017

24 hari dan hari hari seterusnya

Assalamualaikum,

Hari ini genap 24 hari beliau pergi meninggalkan kami. Hari ini baru saya berkelapangan menziarahi pusaranya. Terasa baru semalam menziarahi beliau di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.

Kanser.

Mendengar sahaja sudah membuatkan hati ini gerun. Takut dan pada masa yang sama minta dijauhkan sama sekali.

Beliau, ibu saudaraku 'Roswati Abdullah' disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru tahap 4 selepas bersalin anak keempat. Pada kami, dunia kami gelap seketika. Dalam beberapa bulan tahap kesihatannya jatuh merundum. Kuantiti cecair yang banyak dalam paru-parunya menyebabkan dia sukar bernafas dan tidak boleh melakukan kimoterapi sehinggalah tahap pernafasannya stabil.

Seingatku, beliau sempat melakukan beberapa kali kimoterapi di Hospital Kubang Kerian sehinggalah pada suatu hari bacaan darahnya didapati tidak stabil. Perpindahan darah harus dilakukan dengan segera agar kimo seterusnya dapat dilakukan. Selesai perpindahan darah, doktor mengarahkan beliau untuk pulang ke rumah dahulu dan berehat. Hampir sebulan, beliau berulang alik dari  Hospital Sultanah Nur Zahirah ke rumah dan dari rumahnya ke Hospital Kemaman dan dalam pada masa yang sama, beliau masih mampu tersenyum di hadapan suami dan anak-anak. Hebat sungguh beliau, 💪

Beberapa minggu selepas itu, beliau terpaksa mendapatkan rawatan kerana tangan beliau mula membengkak dan membesar. Kata doktor, tangan beliau telah dijangkiti kuman. Mungkin kerana terlalu banyak kesan suntikan jarum. Beliau terpaksa admit di wad dan diletakkan bawah pengawasan doktor. Berharap kesan membengkak pada tangan akan kecil namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Beliau mula mengalami sesak nafas dan mula merasa semput. Sehinggalah pada hari 30 Ogos 2017, saya menerima pesanan suara pada aplikasi whatsapp; menyatakan yang beliau telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Tiada kata-kata mampu diucapkan pada saat itu. Hanya rasa hiba mengiringi pemergiannya beliau. Saya tiba keesokkan harinya di saat rumah nenek diselubungi rasa sayu dan air mata. Saya dan kakak saya tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir memandangkan jenazah tidak elok disimpan lama dan harus dikebumikan dengan segera. Setelah hampir 6 bulan bertarung dengan kanser, beliau pergi jua. Kami sebagai anak-anak saudaranya amat terasa dengan pemergian beliau memandangkan beliau seorang yang amat baik hati, lemah lembut dan sentiasa mendengar keluhan kami.


Hari ini hari ke-24 beliau telah meninggalkan kami. Masih terbayang-bayang susuk badannya berada di sofa sambil menonton tv, di dapur dan di setiap penjuru rumah nenek dan hari ini saya menziarahi pusara nya yang masih merah. Hari-hari seterusnya pusara ini akan tetap dikunjungi oleh suamimu, anak-anak dan sanak saudaramu, Insha Allah.

Doaku, semoga beliau ditempatkan di sisi syurga Allah yang paling tertinggi. Al-Fatihah.