Friday, 10 February 2017

Mencari Pengalaman

Assalamualaikum, ^^

Bismillahirahmanirahim, entri pertama untuk tahun 2017. Alhamdullillah, saya dah dapat kerja. Syukur sangat sebab tak lama sangat menanam anggur di rumah. Kalau tak mesti hujung-hujung bulan ni dah boleh petik. Hihik.

Kerja saya biasa-biasa sahaja. Masuk pukul 8 pagi balik 8.30 malam. Kadang-kadang pukul 8, kadang 7.30. 12 jam kerja dik oii, penatnya hanya Allah yang tahu. Dah dekat tiga minggu dah saya melalui rutin yang sama. Bangun awal, balik lambat. Dah balik, mandi dan terus tidor. Everyday, but I'm blessed.

"Kita kerja kena ikhlas. Jadikan kerja satu ibadah, baru hilang rasa penat tuu.." - Kak Nida

Betul, bila kita ikhlas semua benda jadi mudah. Tapi kadang-kadang saya mengeluh jugak sebab penat. Huhu. So far, dekat tempat kerja baru ini, everything is okay tapi saya masih rindukan tempat kerja yang dulu. Rindunya dekat Ainaa, Kak Ma, Kak Amy, Azizi dan bos besar, Encik Azizi.

Kerja saya sekarang berhadapan dengan customer. Ada customer yang okay dan ada yang tak okay. Ada yang ramah dan yang masam mencuka, Tapi, kita senyum sahajalah. Biasa sangat kena marah dengan customer pun. Sabar sahaja mampu.


Bila dah duduk negeri orang ni, memang rasa lain sangat dengan negeri sendiri. Di sini memang rasa hidup ala-ala perantau. Buat apa-apa memang kena independent je. First week dekat sini, saya memang tak bawa kenderaan sendiri. Mula-mula, jiran depan pintu rumah tolong hantarkan. Thanks Kak Nida. Selepas tu, saya rasa tak nak susahkan dia, housemates saya Kak Intan hantarkan sehari. Then, saya tumpang Farah. Farah ni satu tempat kerja dengan saya. Pagi-pagi saya turun awal sebab kena tunggu dekat bus stop. Dalam 7.30 pagi, Farah akan sampai dan pick up saya. Kami menunggang motosikal dalam kesesakan trafik pagi-pagi. Mencabar betul. Apabila Farah dah start cuti, saya terpaksa guna grab car which is memang mencabar jugak sebab pagi-pagi susah jugak nak dapat grab car ni. Dah naik grab car ni, saya terpaksa tanam rasa berani dan percaya dekat driver walaupun dalam hati takut jugak kalau apa-apa jadi. Tapi, alhamdullillah kebanyakan driver semua peramah dan baik. Siap boleh bergelak ketawa dalam kereta. Thank you semua. 💖

Sekarang saya dah bawa kenderaan sendiri tapi still kena turun awal pagi-pagi sebab nak elak jem. Masih rasa takut nak drive sensorang malam-malam lepas balik kerja. Tawakal sahaja dalam hati.

Kunfayakun. 

Allah planner is the best. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Doakan hari-hari saya akan datang baik-baik sahaja. Kata yang baik-baik kerana kata-kata itu adalah doa. Masih seorang yang baru dalam pekerjaan dan masih perlukan semangat dan sokongan dari awak semua.

Thanks for reading.😘

Friday, 23 December 2016

Appreciation Post | Hari Graduasi Amirah

Assalamualaikum 💛

Lama gila rasanya tak bukak blog. Tau-tau dah ade emoji bagai. Ketinggalan betul. 💁
Lately ni busy gila. Semenjak habis internship hari tu, saya sibuk sangat bekerja. Ya, dunia bekerja penat betul. Hari bekerja, malam mesti terbongkang (tidur) awal. Ya Rabbi, penat sangat sampaikan tak sempat nak update blog. Ya, saya tahu saya tipu. Sebenarnya saya tak malas + malas. Hihu.

Alhamdullillah, pada 14 November bulan lepas, saya telah berjaya menamatkan pengajian ijazah saya dalam bidang Pengurusan Hospitaliti di UUM. Empat tahun yang begitu mencabar akhirnya berakhir.

And after four years...

Officially graduated. 💫

Verily, with hardship comes ease,

Penat lelah selama empat tahun akhirnya terbalas. Saat campak topi ni, ai rasa sungguh bahagia. Bahagia dan gembira. Rasa nak nangis pun ada sebab lepas ni tak tahu bila lagi dapat menjejakkan kaki ke UUM. Huhu.

Syukur sangat ke hadrat Ilahi sebab berjaya pakai jubah biru ni pada masa yang ditetapkan. Terima kasih buat Mak Abah yang telah mendidik, memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat di saat anakanda-mu ini rasa putus asa dan kecewa. Terima kasih juga buat semua lecturer-lecturer di UUM especially lecturer Hospitaliti dan Pelancongan kerana tanpa anda siapalah saya. Akhir kata, terima kasih juga buat semua course-mate hospitaliti batch 2012/2016 yang telah banyak membantu dan bertukar ilmu sepanjang saya di bumi Sintok ni. I will miss each of you. Insha Allah, ketemu lagi nanti.

Thank you guys! 💚

p/s: dapat post satu keping gambar sahaja sebab line slow gila, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
*nangis tepi bucu katil*😖

Saturday, 20 February 2016

On Semi-Hiatus

Haluu gais,

Aku baru lepas kemas baju dan barang. Esok pagi, aku akan berangkat ke tempat praktikal. Aku dah tak tahu nak kemas apa. Rase macam nak angkut semua barang je pergi sane.

Ek eleh, dalam Terengganu ni pun. Tetibe je aku rase nak bungkus semua barang dan bawak ke sane. Selepas ni, aku maybe tak update belog selame enam bulan. Kalau ade wifi free kat sane, boleh lah aku cilok sikit untuk post something. Tu pun, kalau aku cergas dan bertenage even aku sibuk bekerja.

 

Aku akan ber-praktikal bermula 22 Februari - 7 Ogos ni. In Sha Allah, jika tiada halangan bulan 10 ni aku konvo. Nervous jugak ni nak pergi bekerja dekat tempat orang sebab tak biasa kan. Kite pun tak tahu orang suka ke tak dengan kehadiran kite. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Doakan aku ye :')