Saturday, 16 February 2019

Trying To Conceive

Assalamualaikum 💛

Almost 1 year kami kahwin. Setahun juga lah orang dok tanya pasal anak. Kawan kawan yang dah kahwin lambat dari aku pun dah berbadan dua. Cuma aku belum lagi ada rezeki nak pregnant. 😌

Jenuh jugak nak jawab soalan mak cik, pak cik, kawan-kawan tapi kadang kadang kami senyum sahaja. Pergi mengurut pun mak cik dok tanya. Kawan baik pun tanya ada masalah ke. Haih, takkan lah kami nak cakap kami ada masalah. Hihi.


Rezeki kami cuma belum sampai. Ada masa sedih jugak, duk teringat ingat kawan sendiri anak dah besar, ada yang dah ada anak dua, tengah pregnant tapi jangan dok layan sangat aih bisikan syaiton tu. Ingatlah janji Allah, bila tiba masa sampailah rezeki anak tu. Orang ingat kami planning. Tadok aih nak planning ini. Last year, aku pernah beli ovulation test sebundle jugak. Lepas datang bulan, test-test sampai rasa kecewa juga sikit-sikit. Period lambat terus ingat pregnant. Padahal lepas seminggu, period. Tanda period dengan tanda pregnant pun rasa tak sama.

Ovulation test pun dah habis. Ada 2 3 strip sahaja masih belum guna. Sampai aku dah tak rasa nak test diri sendiri. Huhu. Last-last aku layankan sahaja kata-kata mak cik bawang. Ada orang cakap sebab aku ni gemuk. Susah nak pregnant. Pedih aih sampai ke hulu hati. 😅

Sebab dah terbiasa, aku diamkan sahaja. Suami aku pun diam sahaja. Diamkan lebih baik dari berkata-berkata. Huhu. Tahun kedua ini harap-haraplah ada rezeki pregnant. Aku kembali ke rutin biasa. Nak TTC balik macam dulu. Kena follow-up period, exercise, jaga makan. So korang ada suggestion atau tips tak untuk hamil? Kalau ada tolong drop kat ruangan komen ya.

Doakan kami tau diberikan rezeki anak. 🙏

Insha Allah.



Wednesday, 23 January 2019

My Wedding Journey (Part 2)

Assalamualaikum,

After one year, I'm back. Masha-Allah sis kenapa tak muncul 10 tahun akan datang je. Sorry guys. Maaflah sebab ambik masa lama gila nak update belog. Sis benar-benar busy dengan kerja dan letih bercampur sedikit kemalasan yang melanda. Ampun ya. 🙍

Tahun lepas saya dah cerita sedikit lah mengenai pernikahan saya dengan suami tercinta. Tercinta ke? Euwww, sila muntah hijau. 😆 Selesai sahaja majlis pernikahan, kami duduk rilek-rilek dulu sebab majlis bersandingnya besok. Malam tu, saya dan famili cuma kemaskan apa yang patut.  Selesai sahaja majlis nikah barulah rasa lega sikit. Kalau tak hati ni asyik berdebor sahaja kahwin kan satu tanggungjawab. Nak pikul amanah dan tanggungjawab ni besar peranannya. Kena banyakkan belajar lagi ni untuk jadi isteri solehah. Ameen, mudah-mudahan.

Warna maroon menjadi warna pilihan untuk majlis pihak perempuan. Suami turutkan aje sebab kata dia tak kisah warna apa asalkan dia berbaju. 💁

"Minta ampun ya bang, hihi." Tetiba rasa macam salam raya.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah. Ameen Ya Rabbal al-Amin."

Pandang masa depan.
      

My prince charming 💛
King kong kuasa dua 💃

💖

Sebenarnya semua gambar ni saya patut post setahun yang lalu. Tapi baru hari ini berkesempatan nak update. Itu pun selepas setahun dan lepas our first anniversary dah. 🙏 Masih berdua belum lagi bertiga. Hopefully, tahun ini muncul lah seorang khalifah Allah. Amin. Doa-doakan ye.

Till next time, xoxo.


Sunday, 7 January 2018

My Wedding Journey (Part 1)

Assalamualaikum 2018,

Alhamdullillah, sedar tak sedar dah masuk tahun baru ya. 2017 telah meninggalkan banyak sangat kenangan manis dan pahit. Syukur sangat dalam banyak-banyak kenangan, mestilah yang paling manis akan diingati. Hihi.

24 Disember 2017,
Dengan tiga kali lafaz, alhamdullillah sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. Kami telah bersatu sebagai suami isteri yang sah. Time akad nikah tu, macam-macam perasaan wujud. Huhu, first time weh dan sekali sahaja seumur hidup ni. Gementar, gembira, sedih semuanya bercampur baur. Tengok muka suami sendiri pun nervous je, hehe. 

Muka suamiku yang dah lega. Rasanya masa ni dia cakap alhamdullillah kot, selesai. Hehe 🙊

Selesai sahaja akad nikah, semua tetamu yang datang dijemput ke meja makan untuk makan. Adalah sedikit sebanyak makanan yang kami sediakan. Kami pengantin tak boleh makan lagi sebab photographer tu sibuk nak tangkap gambar kami. Hehe. 

Selesai bab nikah, nanti kita cerita part bersanding pulak. Hihi.